Followers

Friday, November 11, 2011

KEK KARAMEL

Assalamualaikum,...

Hari ni kerja nite call lagi,... tp aku suka sbb boleh dpt extra cuti. Sementara menunggu nak p kije, sempat aku siapkan kek karamel. Dah lama nak cuba tp ditangguh2.... nampak lak dlm blog dari dapur madiha, menarik....Resepinya ambik dr dapur Madiha. Alhamdulillah hasilnya memuaskan sekali.. Terima kasih banyak2 sbb berkongsi resepi,.. Moga dimurahkan rezeki, InsyaAllah....



Bahan-bahan :
Loyang 22cm/25cm (9 inci” bulat)

(A)-Gula Hangus

* 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
* *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang)
* Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar susu pekat
* 1 sudu teh esen vanila
* 3 bj kuning telur
* 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
* 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
* 70 gm gula kastor
* 3 bj kuning telur
* 135 ml air biasa
* 1 sudu teh baking powder
* 45 ml minyak msk

D) Merinque

* 6 bj putih telur
* 70 gm gula kastor
* 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
7. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
8. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna.
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)


Nota :
* Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
* Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
* Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
* Sedap dimakan sejuk.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers