Assalamualaikum wbt.
Minggu lepas (15 Januari) kawan-kawan yg sambut harijadi pada bulan Januari buat makan-makan di tempat kerja. Birthday boy, Haniff dan birthday girls Kak Aina dan Azrah. Menu utama adalah laksam dan nasi dagang dan juga kuih muih sumbangan kawan2 lain dan juga desert table yg simple. Di sebelah petang pulak acara potong kek harijadi.
Kek coklat moist saiz 8"x 8" ditempah oleh mereka bertiga dan saya hiaskan dengan hiasan bunga dan figurine fondant yg simple.
Baked yogurt cheese cake ini pula sumbangan dari saya dimana saya hiaskan dgn buah pic. Kepada kawan-kawan terima kasih diucapkan krn sudi menempah kek dr saya dan saya mohon maaf kerana tidak semuanya dpt merasa cheese cake. Terima kasih juga utk makanan pd hari itu dan mungkin ini kali terakhir utkku makan bersama kawan2 semua.
Wassalam.
Ini blog pakar kek coklat... sungguh cantk dan menyelerakan
ReplyDelete