Followers

Thursday, April 29, 2010

PRODUK BARU DCL

DIABEHERB

Digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga, menghilangkan letih, melawaskan buang air kecil, melegakan sakit pinggang dan memberi perlindungan maksima ke atas penyakit kencing manis dan darah tinggi.

CARA MINUM:
2 kali sehari 50ml setiap kali minum. Baik diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Jika mengambil lain-lain ubat sebaiknya ambil diaherb 1 jam sebelum. Lumrahnya adunan diaherb akan bertukar rasa menjadi kemasam-masaman dari masa ke semasa. Namun ianya bukan perubahan kualiti produk, bahkan lagi masam lagi berkesan.
Bagaimanapun jika terdapat kulat ianya tidak lagi boleh digunakan meskipun jangka tamat tempoh masih sah.
Oleh itu bagi mengelakkan terjadinya kulat digalakkan manyimpan di dalam peti sejuk dan jangan biarkan ia terdedah dengan kepanasan melampau (simpan di dalam tahap suhu bilik).

NOTE PENTING:
- Jangan goncang
- Jauhkan dari kanak-kanak
- Simpan di tempat dingin dan kering pada suhu bilik.
- Jika penyakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor. Ini adalah persediaan tradisional.

HARGA: RM197.00
KANDUNGAN: 1000ml

Monday, April 19, 2010

CEGAH DARI WABAK H1N1

Saban hari sering merisaukan kita dengan peningkatan angka penghidap H1N1 di Malaysia tercinta ini. Keadaan yang lebih buruk mungkin berlaku sekiranya kita sebagai rakyat selaku masyarakat dan nadi penggerak negara, tidak mengambil langkah-langkah mencegah dan merawat dengan segera. Mungkin, usaha itu ada dilakukan dan sesungguhnya ia tidak lengkap tanpa tawakkal memohon ke hadrat Allah s.w.t. . Justeru, saya sertakan di sini doa menghindari penyakit dan wabak seperti H1N1. Bersama-samalah kita memohon dariNya, semoga Allah s.w.t. memelihara kita dari wabak ini insyaAllah.


Selain dari doa, makanan untuk kesihatan diperlukan untuk pertahanan badan kepada penyakit. Habbatussauda telah dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit sejak dari zaman Rasulullah lagi. Dari kajian dibeberapa buah negara didapati memang benar keistimewaan bijirin ini berdasarkan sebuah Hadis sahih yang terdapat di dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim, riwayat Abu Salimah daripada Abu Hurairah
sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

"Tetapkan kamu dengan Al-Habbatussauda (Bijirin Hitam) kerana ianya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali ASSALAM iaitu MAUT"

Dan sesungguhnya sejarah telah mencatatkannya sebagai makanan tambahan dan untuk mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit. Pengetahuan dan penggunaannya telah diketahui lebih daripada 5000 tahun dahulu.

Khasiat Habbatussauda:
1. Sejenis antibiotik semulajadi yang tidak ada kesan sampingan.
2. Membekalkan vitamin serta zat-zat mineral yang diperlukan
badan.
3. Mengurangkan kolesterol serta menstabilkan lemak dalam
badan.
4. Mengandungi fosfat, ion & karbohidrat yang mampu membunuh kuman dan baik untuk aktiviti anti kanser manakala penggunaan berterusan boleh mencegah dari serangan penyakit.
5.Mempunyai daya pengesan untuk mengeluarkan larutan air seperti uric acid, deposit garam galian dan keracunan larutan organik.

Ekstrak Habbatussauda (NigElla) diekstrak dari bijirin hitam melalui kaedah perahan sejuk beku (tanpa haba).

CARA GUNA: Minum sebanyak 7 titis 3 kali sehari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers