Followers

Monday, March 31, 2014

KEK CARROT


Kek carrot dengan creamcheese frosting yang ditempah oleh Mai dari Seksyen 3, Shah Alam utk anniversary Baba dan Mamanya. Kek yg seberat 1.5kg (saiz 9" square) dihiasi dengan badam, raisin dan fondant. Mai memesan kek yang kurang manis, so hanya 3/4 dr kandungan gula saja digunakan.
Harap kek ini memenuhi citarasa Mai sekeluarga terutama kedua ibubapanya.

Sunday, March 30, 2014

TEPUNG MAGIK


Tepung magik adalah tepung serbaguna yang digunakan untuk menggoreng dan memekatkan masakan. Masakan yang digoreng dengan tepung magik akan rangup berjam-jam lamanya.

Kelebihan  tepung magik antaranya:
  • Mudah dan cepat
  • Tidak Berminyak
  • Bahan yg digoreng Tidak Melekat
  • Tanpa Telur
  • Tepung tidak digunakan dengan Banyak
  • Tidak menggunakan minyak yang banyak
  • Bahan ygdigoreng tidak cepat lembik (soggy)
  • Rasa macam kulit ayam KFC


1 unit beratnya: 540 gram

Harga: RM10, postage RM8 (SM), RM10(SS)

Hubungi: 013-7878710 (sms/whatsapp)

KEK KARAMEL

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah permintaan utk kek puding karamel menggalakkan. Resepinya saya hanya dapatkan dari internet sahaja. Resepi dari dapur Semanis gula menjadi rujukan setiap kali menyedikan kek ini.


KEK KARAMEL ( loyang 9" )

BAHAN BAHAN:

GULA HANGUS
  4 sudu besar gula kasar (saya guna 2 sudu besar shj)
Masak atas api hingge gula menjadi karamel dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
 1 cawan  susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan
* untuk menebal sedikit lagi karamelnye ( seperti dalam gambar )  kkzu telah menambah 1/3 cawan susu cair dan sebiji kuning telur

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak  jagung @ minyak masak
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( paste pandan contohnye )( adunan takkan tenggelam dalam karamel  ) berselang seli dengan dengan cara (marble)
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan
8. Selepas diterbalikkan akan ada air gula yang byk..lap aje air gula perlahan-lahan menggunakan tisu di sekeliling kek dan di atas karamelnya.

SELAMAT MENCUBE YE...

Saturday, March 29, 2014

TART BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum wbt.


Tat nenas yang dibentuk dengan pelbagai bentuk buah-buahan bukan sahaja cantik tetapi sedap.



Adunan doh sama dengan adunan untuk tart nenas dan intinya juga menggunakan jem nenas. Doh diwarnakan mengikut warna buah-buahan dan dibentuk mengikut bentuk buah-buahan yang dikehendaki. Selepas tart dibakar, ia dikilatkan menggunakan telur kuning yang dicampurkan dengan air.
Tart ini sesuai dijadikan hantaran dan juga doorgift.

Wednesday, March 19, 2014

KEK HARIJADI TEMA PINK




Alhamdulillah customer order lagi utk tahun ni sempena harijadi anak perempuannya. Kali ini juga kek warna pink utk sambut harijadi anak perempuannya yang ke-7. Kek coklat moist menjadi pilihannya utk kali ini. Kek Coklat moist yang berat 1kg saiz 7" disalut dengan butercream dengan hiasan reben daripada fondant.
In Shaa Allah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur bertemu lagi tahun depan.


Tuesday, March 18, 2014

Monday, March 17, 2014

KEK HANTARAN FONDANT




Kek hantaran bertemakan warna pink dan purple ditempah oleh customer (lupa nak tanya nama) dari gombak. Kek diambil pd hari Khamis sbb Jumaat dah majlis nikah.
Kek di dalamnya saya buatkan kek butter yg beratnya 1.5kg saiz 8". Bunga ros gumpaste  diwarnakan dengan warna pink  guna berus pewarna disebabkan airbrush yg baru dibeli tidak berfungsi. Mula2 nya panik sbb dah kesuntukan masa, Alhamdulillah idea datang dan hasilnya sikit tak memuaskan hati sebab warnanya tidak sekata.
Kepada customer saya yg menempah kek ini, saya minta maaf byk2 jika ada kekurangan dan tidak memuas hati dgn hasilnya. Terima kasih byk2 juga kerna sudi menempah kek walaupun jauh dari Gombak dan doa diiringi semoga jodoh adik berkekalan hingga ke Jannah dan bahagia dunia dan akhirat, Amiinnn.

Sunday, March 9, 2014

KEK PADANG BOLA


Kek padang bola utk harijadi puteri Wani,  Aina.  Aina memang minat dgn bola, bila terpandang je kek bola mesti nak diambil gambar, itulah diceritakan oleh ibunya Wani. 
Wani nak kek selain dari kek coklat so saya cadangkan beberapa jenis kek. Kek sponge menjadi pilihan Wani. 
Kek sponge 1kg (saiz 9"x9") dgn  fresh cream frosting dan sedikit buttercream utk hiasan rumput.
Harap2 Wani berpuashati dgn kek ini dan utk birthday girl Aina harapnya happy tengok kek bola yg menjadi minatnya.

Saturday, March 8, 2014

BARBIE CAKE


Kek Red Velvet seberat 3kg tema merah dan putih menjadi pilihan pelanggan dari Taman Medan, Petaling Jaya. Basenya seberat 2 kg dan patung kek seberat 1kg dgn creamcheese frosting.

Sunday, March 2, 2014

CANDY CRUSH CAKE





Alhamdulillah dpt menghasilkan kek candy crush yang menjadi minat customer, Qaseh Kota Kemuning. Kek ini utk meraikan harijadi Hubbynya.
Kek buah (saiz 8"x8") yang dibaluti dengan fondant putih dan hiasan candy crush game. Seronok nya dapat menyiapkan kek ini dan hasilkan memuaskan hati Qaseh.
Terima Kasih utk Qaseh krn tak jemu2 menempah kek bila saja ada event. Semoga dimurah....kan rezeki, amiinnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers