Followers

Saturday, December 7, 2013

KEK SUPERHERO

Assalamualaikum wbt.


 Design yg diberikan oleh customer Sheema dr PJ utk kek harijadi anaknya. Kek yg diminta adalah kek pelangi dgn frosting creamcheese.


Di atasnya sya letakkan edibleimage huruf A dan hiasannya guna fondant dan cream.


Kek ni ambik masa dlm 4-5jam juga, 1st trier guna fondant di tepinya tp fondant lembik. Lastly guna buttercream menggantikan fondant. Alhamdulillah kek ni siap dihantar 1200 noon ke rumah customer.

Monday, December 2, 2013

TEMPAHAN 2 BIJI KEK HARIJADI



Kek-kek yg ditempah oleh Pn Azza dr Bukit Jelutong utk harijadi anak lelaki dan anak perempuannya. Kek harijadi utk anak lelaki adalah kek red velvet dgn hiasan figurine minion. Kek coklat moist dgn hiasan edibleimage Barbie menjadi pilihan utk anak perempuan.

Friday, September 20, 2013

KEK RED VELVET CHOCOLATE CHIPS


Kek Red Velvet +chocolate chips saiz 8" yang ditempah oleh student MSU utk birthday kawannya. Toping guna fresh cream.

Wednesday, September 18, 2013

KEK CANDY CRUSH

Assalamualaikum wbt.




Kek coklat yg beratnya 1.5kg (saiz 8") dibalut dengan fondant dan dihiasi dgn candy crush fondant. Kek ini ditempah oleh Pn Aina dr Bukit Subang utk suprise sempena harijadi suaminya yg gemarkan candy crush games.
Ini kek candy crush fondant yg ke 2 saya buat. Bila papan dah dipenuhi dgn candy, nampak menarik lak tp saya sendiri tak pernah main game ni pun.
Alhamdulillah Pn Aina berpuashati dgn kek hasil kerja tangan saya ini. Terima kasih kpd Pn Aina kerna memberi peluang kpd saya membuat kek ini dan mengenali game candy crush. Seronok lak main game ni.....

Sunday, September 8, 2013

KEK PECAN BUTTERSCOTCH

Assalamualaikum wbt.

Kek Pecan Butterscotch adalah gabungan vanilla sponge kek, krim yg dicampur sos butterscotch, kacang pecan yg disaluti caramel dan sos butterscotch. Kek ini dihiasi dengan kacang Pecan dan boleh dicurahkan sos butterscotch dan ganache coklat putih.


Kek yg berat 1 kg ini ditempah oleh Pn Ariza dr Bukit Subang utk majlis harijadi anak perempuannya.


Happy anniversary kpd Pn Shima dr Pusat Bandar Shah Alam dan terima kasih kerana memilih Kek Pecan Butterscotch 1/2 kg dr kami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Kek yg beratnya 1 kg salah satu hidangan yg ditempah oleh Pn Asneeda dr Sek 13, Shah Alam selain cream puff utk majlis hari raya di pejabatnya.


Pilihan ibu utk harijadi anaknya yg ke 12, kek Pecan 1/2 kg. Terima Kasih Pn Rosida dr Sek 9, Shah Alam.


Hadiah sempena harijadi tunang tersayang Kek Pecan 1/2 kg daripada Diba Fara yg tinggal di Taman Pinggiran USJ 3. Selamat menjadi raja sehari.

Antara Kek Pecan Butterscotch yg menjadi pilihan dan terima kasih utk pelanggan yg sudi menempah dgn kami.

Friday, July 5, 2013

KEK HARIJADI NOMBOR 2

Assalamualaikum wbt.




Kek Harijadi utk anak kawan yg menyambut hari lahir ke-2. Kek coklat moist dihiasi dgn ganache dan fondant.  Selamat harijadi utk AHMAD NUFAEL ALI dan terima kasih banyak2 kpd Pn Azra.

Tuesday, June 18, 2013

PAVLOVA OH PAVLOVA

Assalamualaikum wbt.

Pavlova adalah sejenis makanan pencuci mulut yang  makin mendapat sambutan di Asia sekarang. Pavlova berasaskan daripada kerak meringue kemudian diikuti dengan krim (whipped cream) dan bahan hiasan seperti buah-buahan: buah kiwi, strawberri, blueberry.

Cara dan resepi membuat pavlova itu perlu lebih fokus kepada struktur meringue pavlova. Berjaya atau tidak berjaya pavlova itu bergantung kepada meringue nya.

Menurut sumber-sumber bacaan, nama pavlova ini diambil bersempana dengan nama penari ballet Rusia yang sangat terkenal ketika itu yang bernama Anna Pavlova. Pakar-pakar masakan dari New Zealand dan Australia menamakan pencuci mulut ini pavlova ketika penari belle itu datang melawat ke negara mereka.

Pavlova adalah sebahagian masakan dan makanan yang penting bagi New Zealand dan Australia kerana resipinya yang mudah dan sering dihidangkan semasa jamuan makan dan cuti perayaan.





Gambar-gambar di atas adalah antara pavlova yg ditempah oleh pelanggan. Nak menikmati kelazatan pavlova boleh sms/call 013-7878710.

Friday, June 14, 2013

LUK CHUP

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini banyak tempahan  Luk Chup  untuk hantaran. Ada permintaan utk saiz biasa dan saiz sebesar buah sebenar, teruja membuatnya.




LUK CHUP ini sangat popular di Thailand yg dijadikan dessert. Ada yg panggil agar-agar Luk Chup dan ada juga panggil candy Luk Chup. Dessert ini dibuat daripada tepung kacang hijau yg dimasak dengan gula dan santan. Ianya dibentuk  dan dicelup agar-agar. Bentuknya kecil-kecil sahaja.


Disebabkan ianya cantik, Luk Chup sesuai dijadikan hantaran. Luk Chup dibentuk bentuk buah-buahan mengikut saiz buah sebenar utk dijadikan hantaran perkahwinan. Selepas dicelup agar-agar ianya nampak berkilat dan menarik.


 Belum dicelup agar-agar


Gambar Luk Chup yg diupload, cantik...kreatif betul le org siam ni....Boleh klik di sini utk melihat bagaimana Luk Chup dihasilkan.

Saturday, June 1, 2013

KEK UNTUK STAFF PPPSB

Assalamualaikum wbt.



2 biji kek untuk staff Premier Lab (Bangsar), Kek Coklat Moist saiz 10" dan Kek Pelangi 9". 2 biji kek ini utk staff2 yg menyambut harijadi pd bulan Feb, Mac, April dan May. Meriah betul sambutan majlis harijadi ini, teringat masa kerja kat sana dulu. Semuanya menjadi memori indah bersama2 dengan kawan2 yg telah lebih 10 tahun bersama. Moga persahabatan kekal hingga ke akhirnya...
*SELAMAT HARI JADI KPD FATIMAH, KONG, SUGU DAN HELEN*

Thursday, May 16, 2013

TAT COKLAT


Dapat panggilan pagi hari dari REENA suruh buatkan tat, anaknya nak bawa ke sekolah esok harinya. Alhamdulillah kerja dpt siapkan awal, berkejar balik dan terus buatkan shell tat dan dpt siapkan pd masanya. Tat coklat 50 pcs sempena sambutan hari guru di sekolah anaknya. Thanks REENA sbb selalu order dgn akak. Ucapan selamat hari guru utk para guru semua.

Monday, April 22, 2013

TAT STRAWBERI CELUP COKLAT


 TEMPAHAN DARI IWA



TEMPAHAN DARI NADIA

Tat strawberi celup coklat tempahan dari Iwa dan Nadia. Satu bekas ada 15 biji RM18. Untuk buat tempahan boleh SMS ke 016-2364757.

Monday, April 15, 2013

TEMPAHAN CUPCAKES


Cupcakes hiasan buttercream ditempah oleh ALIZA utk diletak dlm goodie bags.

Saturday, April 6, 2013

KARIPAP MINI INTI KACANG


Karipap Mini Berinti Kacang
 

Harga: RM 8.00
Kandungan Berat: 250gm Kuantiti 50 biji

Rasanya?

Memang tak dapat dinafikan lagi. Rasa kacang tanah dengan resepi asli tradisional menjadikan produk ini mempunyai kelainan rasa yang 'SUPER SEDAP'!

Thursday, April 4, 2013

KARIPAP MINI SERUNDING BILIS


Harga: RM8 sebalang

Kandungan Berat : 250gm Kuantiti : 50biji

Rasa ikan bilis dengan resepi asli tradisional menjadikan produk ini mempunyai kelainan rasa yang 'SUPER SEDAP'!

Wednesday, April 3, 2013

RED WARRIOR COOKIES


Biskut Red Velvet kaya dengan chocolate chips dan badam yang diberi nama RED WARRIOR COOKIES. Rasanya kurang manis dan crunchy.
Berat anggaran 250g / 50 pcs dalam satu balang.
Harga RM20 sebalang
Harga pos: RM5

Untuk tempahan boleh sms/call 016-2364757.

Sunday, March 31, 2013

TEMPAHAN TAT TELUR DAN MUFFIN

Assalamualaikum wbt.



Reena kawan tempat kerja lama menempah tat telur 50 pcs dan 50 pcs muffin. Muffin chocolate chips dihiasi dengan edible image boboiboy.




Tat dan muffin untuk diberi kepada tetamu utk majlis aqiqah anak Reena yang dibuat dirumah mertuanya di Melaka pd malamnya. Saya seronok dapat jumpa Reena yang dah hampir 2 tahun tak jumpa. Terima kasih saya ucapkan kpd Reena sbb sudi menempah dr saya dan pas ni order lagi ya...

Tuesday, March 26, 2013

RAINBOW CAKE UNTUK BIRTHDAY NURRIN INSYIRAH

Assalamualaikum wbt.




Rainbow cake dgn cheese frosting ditempah oleh Pn Hana utk birthday anaknya Nurrin Insyirah. Warna pilihan adalah pink dihiasi dengan edible image Barbie. Happy 6th Birthday to Nurrin Insyirah, moga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.



Feedback dr Pn Hana, Alhamdulillah. Terima kasih Pn Hana, ini pantun  dr saya.

Kuih karipap kuih koci
Dah sedap mesti order lagi

Jumpa lagi.....

Tuesday, March 5, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU AINUR DAN AZRUL

Asslamamualaikum wbt.



Alhamdulillah sekali lagi Ariffah kawan sekerja tempat lama menempah kek perkahwinan utk kawan baiknya pd 3.3.2013. Light cheese cake dan teknik ombre juga menjadi pilihannya. Tema kali ini adalah pink dan purple, gabungan yg menarik sekali. Hiasan very... simple. Kepada Ariffah tqvm saya ucapkan dan kpd kawannya AINUR DAN AZRUL selamat pengantin baru, moga kekal ke akhir hayat.

Friday, March 1, 2013


Kek: Kek Aiskrim (perisa coklat)
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Cream, decorated sugar dan coklat

Friday, February 1, 2013

RAINBOW CAKE CREAM CHEESE FROSTING



 Rainbow cake menggunakan cream cheese utk frosting, dihiasi simple dgn decoration sugar warna-warni. Kek rainbow saiz 8" ini ditempah oleh Hanim. TQVM.




Kek coklat moist  dihiasi simple dgn fondant. TQVM Nina.

Saturday, January 26, 2013

KEK NOMBOR 1

Assalamualaikum wbt.

Rahmat dr Pantai Dalam menempah kek btk no 1 utk celebrate anaknya yg pertama. Kek coklat moist dan warna pilihan adalah pink.




Kek utk basenya saya buatkan saiz 9" x 12" dan ketinggian cuma 1 1/2". Hiasan adalah buttercream dan juga fondant utk bunga dan figurine ladybird dan bees.



Kek pilihan kedua Rahmat adalah kek red velvet saiz 8" round.



 Lollichoc 30 batang dgn edible image ditempah last minute dr Rahmat. Alhamdulillah dpt siapkan dgn sempurna dan Thanks to Rahmat semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amiin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers