Followers

Tuesday, June 18, 2013

PAVLOVA OH PAVLOVA

Assalamualaikum wbt.

Pavlova adalah sejenis makanan pencuci mulut yang  makin mendapat sambutan di Asia sekarang. Pavlova berasaskan daripada kerak meringue kemudian diikuti dengan krim (whipped cream) dan bahan hiasan seperti buah-buahan: buah kiwi, strawberri, blueberry.

Cara dan resepi membuat pavlova itu perlu lebih fokus kepada struktur meringue pavlova. Berjaya atau tidak berjaya pavlova itu bergantung kepada meringue nya.

Menurut sumber-sumber bacaan, nama pavlova ini diambil bersempana dengan nama penari ballet Rusia yang sangat terkenal ketika itu yang bernama Anna Pavlova. Pakar-pakar masakan dari New Zealand dan Australia menamakan pencuci mulut ini pavlova ketika penari belle itu datang melawat ke negara mereka.

Pavlova adalah sebahagian masakan dan makanan yang penting bagi New Zealand dan Australia kerana resipinya yang mudah dan sering dihidangkan semasa jamuan makan dan cuti perayaan.





Gambar-gambar di atas adalah antara pavlova yg ditempah oleh pelanggan. Nak menikmati kelazatan pavlova boleh sms/call 013-7878710.

Friday, June 14, 2013

LUK CHUP

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini banyak tempahan  Luk Chup  untuk hantaran. Ada permintaan utk saiz biasa dan saiz sebesar buah sebenar, teruja membuatnya.




LUK CHUP ini sangat popular di Thailand yg dijadikan dessert. Ada yg panggil agar-agar Luk Chup dan ada juga panggil candy Luk Chup. Dessert ini dibuat daripada tepung kacang hijau yg dimasak dengan gula dan santan. Ianya dibentuk  dan dicelup agar-agar. Bentuknya kecil-kecil sahaja.


Disebabkan ianya cantik, Luk Chup sesuai dijadikan hantaran. Luk Chup dibentuk bentuk buah-buahan mengikut saiz buah sebenar utk dijadikan hantaran perkahwinan. Selepas dicelup agar-agar ianya nampak berkilat dan menarik.


 Belum dicelup agar-agar


Gambar Luk Chup yg diupload, cantik...kreatif betul le org siam ni....Boleh klik di sini utk melihat bagaimana Luk Chup dihasilkan.

Saturday, June 1, 2013

KEK UNTUK STAFF PPPSB

Assalamualaikum wbt.



2 biji kek untuk staff Premier Lab (Bangsar), Kek Coklat Moist saiz 10" dan Kek Pelangi 9". 2 biji kek ini utk staff2 yg menyambut harijadi pd bulan Feb, Mac, April dan May. Meriah betul sambutan majlis harijadi ini, teringat masa kerja kat sana dulu. Semuanya menjadi memori indah bersama2 dengan kawan2 yg telah lebih 10 tahun bersama. Moga persahabatan kekal hingga ke akhirnya...
*SELAMAT HARI JADI KPD FATIMAH, KONG, SUGU DAN HELEN*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers