Followers

Saturday, July 31, 2010

Contoh Pengorbanan Isteri Solehah ~SITI HAJAR~

http://idhamlim.blogspot.com
http://ibnurrahmat.blogspot.com

Apabila disebut Makkah, seluruh umat Islam terasa teruja dengan kota suci. Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat Islam, terutama ketika musim haji. Setiap waktu menunaikan sembahyang pula kita terasa begitu hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat.

Satu perkara lagi yang paling sinonim dengan kota Makkah ialah sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail. Di sebalik kisah pembukaan penempatan Makkah itu terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar. Pengorbanan Siti Hajar sebagai isteri yang solehah amat mengkagumkan dan harus dijadikan contoh kepada semua.

Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Perkahwinan itu direstui isteri pertama, Siti Sarah, sebagai satu usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim yang bakal meneruskan tugas menyebarkan agama Allah. Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya ketika itu telah mencecah 70 tahun.

Namun, perasaan Siti Sarah berubah menjadi cemburu setelah Siti Hajar mengandung dan mengambil keputusan tidak mahu hidup bersama lagi dengan madunya. Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya itu untuk mengelak persengketaan. Peristiwa itu sebenarnya menyimpan banyak hikmah yang telah ditentukan oleh Allah. Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajar dan anak yang baru dilahirkan, Nabi Ismail, menuju ke satu tempat yang amat jauh dari kampung halaman mereka di Palestin.

Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail ke satu lembah yang kering kontang dan tiada penghuni yang kini dikenali Makkah. Kedua beranak itu ditinggalkan dengan hanya sedikit bekalan makanan dan air minuman. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana mengetahui tindakan Nabi Ibrahim itu satu perintah daripada Allah.

Siti Hajar menyedari jika itulah perintah daripada Allah, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang taat. Namun hatinya masih tertanya-tanya hikmah di sebalik perintah Allah itu.

Bayangkan perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anak yang masih bayi di suatu tempat yang tidak berpenghuni dan kering kontang. Pada siapakah dia harus mendapatkan pertolongan jika berlaku sesuatu perkara yang buruk kepadanya?

Dia juga sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang menemui suaminya yang tercinta. Sedangkan, dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah pada ketika itu mengambil masa kira-kira enam bulan untuk sampai dan terpaksa melalui perjalanan yang sukar.

Siti Hajar memang merupakan wanita terpilih. Zuriatnya melalui Nabi Ismail melahirkan nabi-nabi seterusnya hinggalah Nabi Muhammad. Kecekalan dan perasaan reda berdepan dengan cabaran hidup yang sedemikian tentunya tidak pernah dilalui wanita lain.

Tidak lama selepas tinggal di lembah kontang itu, bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah kehabisan. Lebih merungsingkan lagi apabila susu badan Siti Hajar sendiri tidak lagi keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak mendapat makanan yang cukup. Nabi Ismail tidak dapat menyusu susu badan ibunya.

Ketika itulah Siti Hajar mula resah. Tidak sanggup mendengar tangisan Nabi Ismail akibat kehausan, Siti Hajar meletakkan Nabi Ismail di satu tempat lalu bingkas bangun mencari ke segenap tempat untuk mendapatkan air.

Siti Hajar mendaki sebuah bukit untuk meninjau dari jauh agar dapat melihat kalau-kalau ada tempat menakungkan air. Dari puncak bukit itu dia melihat dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari sekuat hati ke tempat itu agar cepat dia mendapat air itu bagi diberi minum kepada puteranya.

Namun, setelah sampai di tempat itu, apa yang dilihatnya tadi hanyalah fatamorgana. Dari tempat itu pula dia melihat ada tempat lain seperti ada air bertakung. Lantas dia terus berlari ke tempat itu. Sekali lagi dia kecewa kerana apa yang dilihatnya itu juga fatamorgana.

Tetapi, dilihatnya sekali lagi ada tempat seperti air bertakung. Dia terus berlari tanpa mengenal penat bagi memastikan anaknya dapat minum. Begitu besar sekali pengorbanan seorang ibu. Dia tidak sedar dirinya sendiri semakin lama tidak berdaya lagi untuk bergerak.

Tanpa disedari, Siti Hajar sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air. Perlakuan Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu untuk anaknya.

Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini iktibar untuk seluruh umat Islam, perbuatan Siti Hajar berlari-lari berulang-alik dari Bukit Safar dan Bukit Marwah dizahirkan ketika melakukan ibadat haji.

Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah berulang alik sebanyak tujuh kali adalah antara Rukun Haji yang menentukan sah atau batal ibadat haji yang dilakukan. Rukun haji itu dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf.

Kembali kepada kisah Siti Hajar, selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak untuk mencari air, dengan rasa hampa dan memikirkan nasib anaknya yang ditinggalkan seketika itu, dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan.

Nabi Ismail yang kehausan ketika ditinggalkan telah menghentak-hentak kakinya ke bumi. Dengan rahmat Allah, tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu terpancut mata air.
Melihatkan keadaan itu, Siti Hajar gembira bukan kepalang. Serta merta semangat Siti Hajar kembali pulih. Dia menerpa ke arah mata air yang terpancut itu lalu ditadah dengan tangan terus dititiskan air itu ke mulut Nabi Ismail.

Ketika menadah air itulah terpancul dari mulut Siti Hajar perkataan 'zami, zami, zami yang bermaksud 'berkumpullah, berkumpullah, berkumpullah'. Dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam.

Tangisan Nabi Ismail reda setelah hilang hausnya. Dan dapatlah Siti Hajar pula menikmati air itu untuk mengembalikan kekuatan dirinya. Tempat air terpancut keluar itu dibuatkan takungan bagi mengumpul lebih banyak air.

Takungan air yang dibina itu bukan sahaja dijadikan sumber air minum Siti Hajar dan anaknya, tetapi dalam tempoh masa yang singkat dikesan oleh burung-burung yang berterbangan. Berkawan-kawan burung datang dan pergi silih berganti minum dan berehat di kawasan itu.
Pergerakan burung itu kemudian dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu. Mereka dapat mengagak bahawa tempat itu ada sumber air. Lantas, mereka mencari-carinya dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu.

Dengan itu Siti Hajar pertama kali dapat menemui orang sejak ditinggalkan suaminya di situ. Ada kabilah menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu. Namun, dia tetap setia berpegang kepada perintah suaminya agar tetap tinggal di tempat itu.

Selepas peritiwa itu, kabilah-kabilah telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan bekalan air. Setiap kali air dicedok, air yang keluar semakin banyak. Lebih menakjubkan, rasa dan khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa.

Memandangkan ada bekalan air yang terjamin di situ, ada kabilah yang terus menetap di situ. Mereka yakin tempat itu dipenuhi dengan barakah. Tidak hairanlah jika dalam tempoh masa yang singkat sahaja, bilangan penduduk Makkah bertambah dengan mendadak.

Pengorbanan Siti Hajar wajar dijadikan contoh kepada para wanita dalam menghadapi cabaran hidup. Yang penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan sesuatu masalah.

Sunday, July 25, 2010

^^ KUIH BAKAR ^^

Assalamua'laikum,...

Hari minggu ni tak dok apa2 aktiviti, dok kat rumah je.....Thinking Saya nak buat kuih bakar., resepi kali ini saya nak cuba lak yg saya ambik dr http://mynurkasih.blogspot.com.
My hubby memang suka ..^-^.. Sebelum ni ada le cuba buat, rasa tu ada tapi kurang mengancam... Thumbs Down


Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
1 cawan gula pasir
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau
Bijan goreng tanpa minyak

Cara:
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Masukkan semua bahan2 dalam blender dan blend (cara paling senang). Boleh juga campurkan semua bahan dalam bekas dan tapis supaya ianya tidak berketuk2.
3. Tuangkan dalam loyang 8" x 8" yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


from my hubby (best tester) utk kuih bakar kali ini.

Friday, July 16, 2010

~FADILAT NISFU SYAABAN~

Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada mansyirikkanNya dengan sesuatu kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa"

Dalam satu riwayat dikatakan Allah memerdekakan hamba-hambaNya dari neraka sebanyak bintang di langit dan sebanyak hari siang dan malamnya. Pada malam Nisfu Syaaban itulah dihantarkan Allah Jibril ke Syurga untuk menghiasi Syurga.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah bahawa jin, burung, binatang buas, dan ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka berjagalah kamu pada malamnya, bersembahyang, beribadat dan berpuasa kamu pada siangnya.

Allah berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh"

Berkata Sheikh Abdul Kadir al-kalani di dalam Ghaniah bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam LailatulQadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam, berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan beribadat kerana mereka tidur pada malamnya.

Nabi s.a.w bersabda: "Hai Aisyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini (Nisfu Syaaban)?" Jawab Aisyah: "Ya, aku izinkan". Lalu Nabi s.a.w pun bersembahyang lah sepanjang malam Nisfu Syaaban itu. Baginda sujud terlalu lama masanya sehingga aku (Aisyah) menyangka beliau telah diambil rohnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain dan aku letakkan tanganku di atas kedua tapak kakinya, maka bergeraklah ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi...

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa a.s pun berdoa kepada Tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

Saturday, July 10, 2010

MOUSE OH MOUSE.....

Oh mouse knp tak nak jalan??? Susahnya mouse tak berfungsi, rosak / connection???
Aku tak suka handle cursor di keybord, guna mouse lagi cepat. Senang handle...
Geramnya.............boring dah nak layan mouse ni.

Mood nak layan internet dah hilang SmileyCentral.com

Dalam keboringan sempat cari kebaikan dan kelemahan mouse(tetikus):

Kebaikan tetikus

  • Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
  • Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
  • Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci secara berkala.
  • Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.

Kelemahan tetikus

  • Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
  • Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan tekanan kepada pergelangan tangan.
  • Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat.

Sunday, July 4, 2010

PERCUBAAN PERTAMA MEMBUAT FONDANT

Aku mendapat tempahan dari rakan sekerja untuk hantaran majlis perkahwinannya.
Cupcakes yg dihiasi bunga fondant menjadi pilihan. Inilah masanya aku mempraktikkan apa yg dipelajari di kelas cupcakes awal tahun ini.
Aku tak tau mn silapnya resepi, ataupun aku yg silap sukat.
Lastly aku cari majalah rasa, belek punya belek jumpa le resepi fondant.
Cubaan kali ini berhasil, alhamdulillah. Leganya..........










Inilah hasilnya cupcakes yg dihiaskan dengan fondant.
Bunga dip pula menjadi pilihan untuk dihiaskan pada kotak cupcakes.












~Ferrero roche dan blueberry cheese cake yg dihiasi dengan bunga dip~

Di sini aku nak berkongsi resepi fondant utk sapa2 yg baru nak belajar macam aku.

Bahan-bahan:

Bahan A
1000g(1kilo) aising sugar (beli dari baking shop sahaja dan ayak 3 kali)

Bahan B
2 1/2 tsp gelatin serbuk
100g liquid glucose
1tbs gliserin
100g shortening
1/2 tbs cream of tartar

Cara membuatnya:

1. Isi serbuk gelatin dlm mangkuk atau bowl yg diisi dengan 1/2 cawan air kosong
2. Setelah gelatin kembang (dlm 30 saat shj), masak atas api sederhana shj menggunakan teknik double boiler.
3. Biarkan gelatin fondant masak sampai jernih warnanya (dlm 2-3 minit shj) dan masukkan liquid glucose. Kacau sebati
4. Setelah bahan ini sebati, baru masukkan shortening. Biarkan ia cair (dlm seminit dua).
5. Akhir sekali masukkan cream of tartar
6. Biarkan atas api beberapa saat dan angkat. Tuangkan dalam bekas berisi gula aising dan uli sampai menjadi doh (mcm doh tepung biasa). Kalau guna electri mixer, sapu mangkuk dengan shortening. Tuang icing sugar dan masukkan adunan gelatin. Uli dengan kelajuan sederhana.
7. Warnakan dengan warna yang dikehendaki. Fondant yg telah siap boleh disimpan dalam peti sejuk selama 1 bulan. Sebelum digunakan biarkan pada suhu bilik dan uli semula utk dptkan texture yg asal.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers