Followers

Tuesday, January 11, 2011

KEK LAPIS CHEESE BLUEBERRY

Bos saya tempah kek lapis utk dibuat "pot luck", whatever perisa dia tak kisah. So, saya buatkan kek lapis cheese blueberry sebab saya nak habiskan cheese yang ada....
"THANK YOU SHARON"


Sunday, January 9, 2011

KEK PISANG

Assalamualaikum,...

Dalam minggu ni dah 3x buat cengkodok pisang, kali ni saya tukar selera lak, cuba buat kek pisang gebu. Cari2 dalam internet, saya cuba resepi yang simple dan tak banyak bahan.
Boleh le makan sambil tengok AJL25 malam ni,...





Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji pisang berangan (dilenyek)
1/2 cawan minyak masak
sedikit esen vanila
1 cawan gula castor
3 biji telor

cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 170-180C
2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat
3. Putar telor dan gula sehingga gebu
4. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila, putar sekejap
5. Masukkan minyak masak dan akhir sekali masukkan gandum. Kacau sebati.
6. Alas loyang 7" X 7" dengan kertas minyak dan masukkan adunan dan bakar selama 45 min.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails