Followers

Friday, March 30, 2012

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh

Kali ini saya nak share resepi yg diambil dr kawan facebook ie puding triffle. Puding triffle ni mmg simple je cara buatnya. Kastard je yg perlu dimasak sekejap, bhn2 lain beli yg dah siap dan just letak-letak je


Utk hiasan kat atas saya letak buah anggur dan aprikot. Boleh juga dicurahkan agar2 diatasnya. Di sini saya copy resepi yg diberikan.

Bahan-bahan:
1 buku kek marble
laici dlm tin
susu cair + 1/2 cawan air + 1 sudu kastard
kepingan kacang badam( goreng atau bakar )
coklat chip
strawberry (boleh letak apa saja buah yg digemari)

Cara-cara:
1. Potong dadu kek marble dan tabur kan dlm bekas
2. Taburkan buah Laici
3. Tuangkan susu yg telah dimasak pekat dengan kastard ke dlm bekas berisi kek dan laici
4. Taburkan dengan badam, coklat chip dan buah strawberry..


Monday, March 26, 2012

KEK BATIK BISKUT MARIE

Assalamualaikum,



Dok tercari2 resepi yg sempoi dgn mggunakan bahan2 yg dah ada dlm simpanan, so terhasillah biskut batik ni...Rasanya sedap, blm sempat betul2 keras dah kena ngapp..

BISKUT BATIK BISKUT MARIE
SUMBER: MY RESEPI.COM

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Sunday, March 4, 2012

KUIH KOLEH KACANG



Kuih koleh kacang
Saiz: 9"

Kuih koleh kacang ini ditempah oleh kawan ANITA, dia nak wat makan2 dgn famili..Biasa saya guna loyang 4 segi tp yg ni terpaksa guna loyang bulat sbb loyang 4 segi dah guna utk benda lain. Terima kasih kat Anita sbb promote kat kawan2nya.. TQVM. Utk tempahan kuih koleh kacang boleh tel/sms 016-2364757 atau email hani_zam23@yahoo.com.

Friday, March 2, 2012

KEK HARIJADI 3 SAHABAT

Assalamualaikum,

Adik2 junior kat tmpt kerja saya ni suruh saya buat kek coklat moist, dia org kata kek yg akak buat sedap... (puji ckit, heheee..). Dia org ni nak celebrate kat PD + cuti2 malaysia. Harijadi 3 org ni jatuh pd tarikh dekat2, so senang join sekali. Mula2 tu suruh buat kecik je, tp takut tak puas makan so nak yg besar ckit.




Kek: Coklat Moist
Saiz: 10" x 10"
Hiasan: Fondant + Buttercream

Saya harap geng2 adik junior ni happy and enjoy kat PD and enjoy makan kek coklat moist akak ini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails