Followers

Saturday, December 11, 2010

PEACH MUFFIN

Assalamualaikum,............

Dok fikir2 apa nak buat utk minum petang, saya terfikir ada peach dlm tin yg dah lama dibeli, dok simpan je,.... nak mencuba resepi ni.... Dah lama nak buat tp, tp, tp ada je,....




Bahan-bahannya:
180g melted butter (boleh juga guna minyak jagung)
170g gula halus (boleh juga guna gula perang)
2 biji telur
250g gandum
2tsp baking powder
80g ground almond
100ml susu segar
1/2 tin peach (dipotong dadu)

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung dan baking powder dan masukkan ground almond
2. Masukkan melted butter dlm bekas, masukkan gula kacau dengan whisk hingga gula hancur
3. Masukkan telur dan susu, kacau sebati
4. masukkan gandum sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan peach. Kacau.
5. Masukkan dlm muffin cup hingga penuh dan boleh ditabur atasnya dengan badam cincang.
6. Bakar pada suhu 180C selama 20min

Monday, November 29, 2010

KEK RED VELVET

Assalamualaikum,............

Semalam saya belanja kawan2 sekerja sempena birthday saya dan juga sempena bayar nazar. Saya buatkan 2 biji kek red velvet (kek baldu merah). Bila tengok kek ini di blog teratak impian, saya teruja utk mencuba. Kali pertama cuba, kek bantat. Bila cuba kali ke2 dah ok. Kawan2 semuanya kata kek ni sedap,.......




Bahan2nya;

2 1/2 cawan gandum
2 biji telur gred A (saya guna 3 biji telur gred B)
1 1/2 cawan gula castor
1/2 sudu kecil (tbs) garam
1 tbs esen vanila
1 tbs cuka
1 tbs baking powder
1 tbs soda bikarbonat
1 cawan buttermilk (boleh disediakan dengan mencampurkan 1 cawan susu segar dengan 1 tsp cuka dan dibiarkan selama 10 min)
2 sudu besar (tsp) pewarna merah
2 tsp serbuk koko
1/2 cawan (113g) butter

cara membuatnya;
1. Panaskan oven pada suhu 180C.
2. Ayak tepung, serbuk koko, garam, baking powder dan soda.
3. Putar butter dan gula hingga gebu
4. Masukkan esen vanila, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar sebati
5. Masukkan pewarna merah kedlm buttermilk dan putar sekejap
6. Masukkan butermilk diselang seli dengan tepung dan tepung mesti diakhiri dengan tepung, putar hingga sebati
7. Masukkan cuka kedlm soda bikarbonat, kacau dan masukkan kedlm tepung. Putar sekejap shj.
8. Guna loyang 8"x 8", sapu minyak atau butter pada loyang dan masak kek selama 40 min.

Hiasan;
250g blueberry filling
250g cream cheese
250g whipping cream

Putar cream cheese hingga gebu, masukkan whipping cream dan putar lagi hingga gebu.
Potong kek ditengah2nya, letakkan blueberry filling ditengah, dan hiaskan ikut kreativiti.

Saturday, November 13, 2010

PIZZA (ALA HAWAIAN)

Assalamualaikum,....

Cendawan butang dan mozarella cheese dah lama dok buat hiasan dalam peti sejuk. Saya terfikir lak nak buat pizza, boleh dibawa untuk suami yang kerja oncall. Bahan2 lainnya saya beli je kat kedai runcit kat rumah, tak yah nak pergi supermarket. Saya buatkan pizza ala Hawaian. Resepi utk doh saya dapatkan dari Juliza Adlizan masa beliau dijemput jadi tetamu rancangan Wanita Hari Ini.



Bahan-bahan utk doh:
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar mauripan ( saya guna satu paket-11g mauripan)
1 cawan air suam

Bahan-bahan utk sos:
Sos tomato
sos cili
bawang merah
bawang putih
halia
garam
gula
daun oregano

Bahan-bahan yang diletak atas pizza:
Ayam (digoreng dan diracik)
cendawan butang
nenas kiub (potong kecil2)
mozarella cheese

Cara-cara:
1. Masukkan mauzipan ke dalam air suam dan biarkan kembang (sekejap je).
2. Masukkan garam, gula ke dalam tepung.
3. Buatkan lubang kat tepung dan masukkan air suam tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga jadi doh (tak melekat kat tangan).
*Kandungan air bergantung hingga jd doh yang tak melekat kat tangan*
4. Tutup doh dan biarkan ia naik sehingga 2 kali (dalam 1 jam)
5. Untuk sosnya, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dalam minyak yang panas, goreng hingga wangi dan masukkan sos cili dan sos tomato dan daun oregano.
6. Tambahkan sikit garam dan gula kedalam sos.
7. Setelah sejam, doh tadi ditumbuk dengan tangan utk keluarkan anginnya.
8. Bahagikan kepada 2, leperkan doh dan letak atas pan yang telah ditabur dengan tepung gandum (utk megelak pizza melekat pada pan).
9. Letakkan sos dan taburkan ayam, cendawan dan nenas.
10. Taburkan mozarella cheese dan bakar pizza pd suhu 200C selama 20-30 minit.
*pastikan oven dipanas terlebih dahulu selama lebih kurang 15 min*

Friday, November 5, 2010

HAPPY DEEPAVALI

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada kawan-kawan dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Semalam saya siapkan tempahan dari kawan sekerja, Mohan, Kek carrot dan kek lapis asam manis.



Ini kek carrot yang dihias ringkas. Thank you Mohan,...

Tuesday, November 2, 2010

KEK CARROT

Pada 1 Nov saya sambut ulangtahun perkahwinan. Saya buat carrot cake utk ulangtahun perkahwinan kami. Resepi carrot ni senang dan sedap,..... resepinya saya dapat dari blog masa blogwalking. Saya copy resepi ini dah lama tp baru berkesempatan mencuba. Saya tak rekod pula nama blognya. Minta maaf pada tuan punya blog sebab tak letakkan nama blognya. Resepi ini saya ganti walnut dengan badam (dipanggan/bakar dulu). Badamnya saya letak lebih sikit sebab my hubby memang suka kek yg ada kacang / badam....


Bahan-bahan
· 3 cawan lobak merah -di parut
· 4 biji telur
· 1 cawan minyak jagung
· 2 cawan gula- boleh kurangkan utk kurang manis
· 2 cawan tepung gandum
· 1/2 cawan golden raisin
· 1 cawan walnut/badam- roast & crush
· 1 sudu teh garam halus
· 2 sudu teh soda bikarbonat
· 2 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh serbuk kayu manis

Topping/Glazing
· 1 cawan gula icing
· 250g creamcheese
. 100g butter/margerin
· 1 sudu teh orange paste

Cara-cara
1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
2. Masukkan walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati gula hancur guna whisk/senduk kayu
4. Masukkan parutan carrot dan gaul sebati
5. Masukkan tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga rata.
5. Masukkan adunan kedalam loyang 9" yg telah di gris.
6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 180C atau sehingga masak.
7. Bila sudah masak, keluarkan dan sejukkan.
8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, butter dan orange paste hingga gebu.

Friday, October 29, 2010

Assalamualaikum,...............

Cepat sungguh masa berlalu, dah nak masuk November. Bulan Nov ini saya akan sambut my anniversary, my birthday, my brother's birthday, dok fikir apa nak buat dan apa hadiah nak bagi,...poning!!! Bulan ni lak kita nak sambut hari raya Haji, saya tak balik kampong tapi nak juga buat apa yang patut utk pass kat kampong,...Banyak belanja bulan ni beb........
Hari ni saya siapkan tempahan dr kawan sekerja utk majlis perkahwinannya.



2 biji kek lapis asam manis.



Kek lapis cheese.

Tahniah kepada ERZA yg akan berkahwin pada 5 Nov ini. Maaf ya sebab tak dapat hadir.
"SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT MENGHARUNGI ALAM RUMAH TANGGA"

Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah, minggu ini dapat lagi tempahan cupcakes. Tempahan ini dari REENA juga utk perkahwinan saudaranya. Tempahan yg dibuat pun last minute, saya pulak busy ckit minggu ni, so saya siapkan dulu bunga fondant dan sampai hari nya cuma buat cupcakes dan hiaskan.



Tema hitam putih, hiasan kotaknya, saya hiaskan dengan bunga dip hitam putih.

Saturday, October 2, 2010

BLUEBERRY CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM,..

Dah lama tak masuk entri,... lepas raya ni banyak sangat masalah2 yg datang. Berkat doa dan sabar, alhamdulillah semua dapat diatasi. Alhamdulillah, syukur.



Blueberry cheese cake ini ditempah oleh kawan sekerja. Saya buat light cheese cake bhgn tengah dan atasnya diletakkan dengan blueberry.
~Thanks REENA~

Wednesday, September 1, 2010

KEK RAYA

Raya kali ini saya sempat buat kek utk di bawa balik kampong. Raya tahun lepas banyak order yg diterima, tak sempat buat utk keluarga.
Raya tahun ini tak boleh nak apply cuti so tak boleh nak promote. Hanya terima order dari kawan satu office je.,,...
















~Ini kek lapis buah~. Saya guna buah-buahan campuran.















~Ini pula kek lapis blueberry~.
..dah tak sabar nak jumpa org2 yg dirindui kat kampong...!!!!!
Assalamualaikum,..

Cepatnya masa berlalu, seminggu lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Puasa.
Sempena cuti hari Kemerdekaan negara, saya dan kakak sama2 menggulung popia mini.












Serunding ikan utk inti dan popia yang sudah siap utk digoreng.

Ini pula kuih siput. Resepinya diambil dari resepi.com.my dan telah diubahsuai mengikut citarasa, mmmm...

Thursday, August 5, 2010

DOA KETIKA DALAM KESUSAHAN DAN KECEMASAN

Maksudnya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada golongan orang-orang yang menganiaya

Adab-adab dan etika berdoa perlulah dijaga dan dipelihara oleh setiap orang yang berdoa. Di antara adab-adab tersebut adalah seperti berikut:

1. Ikhlas kerana Allah Ta‘ala.
2. Memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
4. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
5. Menghadap kiblat dan menadah dua tangan.
6. Berwudhu.
7. Berdoa dengan jalan bertawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta‘ala.
8. Menjauhi segala maksiat.

"Ya Allah hanya kepada engkau aku berserah, engkau maha pengasih lagi penyanyang.
aku hambamu yang lemah, berilah aku kekuatan dan bukakanlah jalan utkku. Amiin".




Saturday, July 31, 2010

Contoh Pengorbanan Isteri Solehah ~SITI HAJAR~

http://idhamlim.blogspot.com
http://ibnurrahmat.blogspot.com

Apabila disebut Makkah, seluruh umat Islam terasa teruja dengan kota suci. Sepanjang masa Makkah dirindui oleh seluruh umat Islam, terutama ketika musim haji. Setiap waktu menunaikan sembahyang pula kita terasa begitu hampir dengan kedudukan Makkah yang dijadikan arah kiblat.

Satu perkara lagi yang paling sinonim dengan kota Makkah ialah sejarah mula-mula ia dibuka oleh Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail. Di sebalik kisah pembukaan penempatan Makkah itu terselit pula kisah pengorbanan Siti Hajar. Pengorbanan Siti Hajar sebagai isteri yang solehah amat mengkagumkan dan harus dijadikan contoh kepada semua.

Siti Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim. Perkahwinan itu direstui isteri pertama, Siti Sarah, sebagai satu usaha untuk melahirkan zuriat Nabi Ibrahim yang bakal meneruskan tugas menyebarkan agama Allah. Siti Sarah tidak mampu melahirkan anak disebabkan usianya ketika itu telah mencecah 70 tahun.

Namun, perasaan Siti Sarah berubah menjadi cemburu setelah Siti Hajar mengandung dan mengambil keputusan tidak mahu hidup bersama lagi dengan madunya. Nabi Ibrahim terpaksa mengambil keputusan untuk memisahkan antara kedua isterinya itu untuk mengelak persengketaan. Peristiwa itu sebenarnya menyimpan banyak hikmah yang telah ditentukan oleh Allah. Nabi Ibrahim mendapat wahyu agar membawa Siti Hajar dan anak yang baru dilahirkan, Nabi Ismail, menuju ke satu tempat yang amat jauh dari kampung halaman mereka di Palestin.

Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail ke satu lembah yang kering kontang dan tiada penghuni yang kini dikenali Makkah. Kedua beranak itu ditinggalkan dengan hanya sedikit bekalan makanan dan air minuman. Mereka hanya berserah kepada Allah kerana mengetahui tindakan Nabi Ibrahim itu satu perintah daripada Allah.

Siti Hajar menyedari jika itulah perintah daripada Allah, sudah pasti Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang taat. Namun hatinya masih tertanya-tanya hikmah di sebalik perintah Allah itu.

Bayangkan perasaan Siti Hajar ditinggalkan berdua dengan anak yang masih bayi di suatu tempat yang tidak berpenghuni dan kering kontang. Pada siapakah dia harus mendapatkan pertolongan jika berlaku sesuatu perkara yang buruk kepadanya?

Dia juga sering tertanya-tanya sama ada dirinya masih berpeluang menemui suaminya yang tercinta. Sedangkan, dia tahu jarak perjalanan antara Palestin dengan Makkah pada ketika itu mengambil masa kira-kira enam bulan untuk sampai dan terpaksa melalui perjalanan yang sukar.

Siti Hajar memang merupakan wanita terpilih. Zuriatnya melalui Nabi Ismail melahirkan nabi-nabi seterusnya hinggalah Nabi Muhammad. Kecekalan dan perasaan reda berdepan dengan cabaran hidup yang sedemikian tentunya tidak pernah dilalui wanita lain.

Tidak lama selepas tinggal di lembah kontang itu, bekalan makanan dan minuman yang dibawa telah kehabisan. Lebih merungsingkan lagi apabila susu badan Siti Hajar sendiri tidak lagi keluar disebabkan keadaan badannya yang tidak mendapat makanan yang cukup. Nabi Ismail tidak dapat menyusu susu badan ibunya.

Ketika itulah Siti Hajar mula resah. Tidak sanggup mendengar tangisan Nabi Ismail akibat kehausan, Siti Hajar meletakkan Nabi Ismail di satu tempat lalu bingkas bangun mencari ke segenap tempat untuk mendapatkan air.

Siti Hajar mendaki sebuah bukit untuk meninjau dari jauh agar dapat melihat kalau-kalau ada tempat menakungkan air. Dari puncak bukit itu dia melihat dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari sekuat hati ke tempat itu agar cepat dia mendapat air itu bagi diberi minum kepada puteranya.

Namun, setelah sampai di tempat itu, apa yang dilihatnya tadi hanyalah fatamorgana. Dari tempat itu pula dia melihat ada tempat lain seperti ada air bertakung. Lantas dia terus berlari ke tempat itu. Sekali lagi dia kecewa kerana apa yang dilihatnya itu juga fatamorgana.

Tetapi, dilihatnya sekali lagi ada tempat seperti air bertakung. Dia terus berlari tanpa mengenal penat bagi memastikan anaknya dapat minum. Begitu besar sekali pengorbanan seorang ibu. Dia tidak sedar dirinya sendiri semakin lama tidak berdaya lagi untuk bergerak.

Tanpa disedari, Siti Hajar sebenarnya telah berulang alik antara dua bukit iaitu Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mencari sumber air. Perlakuan Siti Hajar berlari antara Bukit Safa dan Bukit Marwah adalah tanda pengorbanan besar seorang ibu untuk anaknya.

Sebagai mengingati dan menjadikan kisah ini iktibar untuk seluruh umat Islam, perbuatan Siti Hajar berlari-lari berulang-alik dari Bukit Safar dan Bukit Marwah dizahirkan ketika melakukan ibadat haji.

Berlari atau berjalan bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah berulang alik sebanyak tujuh kali adalah antara Rukun Haji yang menentukan sah atau batal ibadat haji yang dilakukan. Rukun haji itu dipanggil saie yang dilakukan selepas melakukan tawaf.

Kembali kepada kisah Siti Hajar, selepas dirinya tidak lagi berdaya bergerak untuk mencari air, dengan rasa hampa dan memikirkan nasib anaknya yang ditinggalkan seketika itu, dia kembali ke tempat anaknya ditinggalkan.

Nabi Ismail yang kehausan ketika ditinggalkan telah menghentak-hentak kakinya ke bumi. Dengan rahmat Allah, tempat hentakan kaki Nabi Ismail itu terpancut mata air.
Melihatkan keadaan itu, Siti Hajar gembira bukan kepalang. Serta merta semangat Siti Hajar kembali pulih. Dia menerpa ke arah mata air yang terpancut itu lalu ditadah dengan tangan terus dititiskan air itu ke mulut Nabi Ismail.

Ketika menadah air itulah terpancul dari mulut Siti Hajar perkataan 'zami, zami, zami yang bermaksud 'berkumpullah, berkumpullah, berkumpullah'. Dari perkataan itulah lahir perkataan air zam-zam.

Tangisan Nabi Ismail reda setelah hilang hausnya. Dan dapatlah Siti Hajar pula menikmati air itu untuk mengembalikan kekuatan dirinya. Tempat air terpancut keluar itu dibuatkan takungan bagi mengumpul lebih banyak air.

Takungan air yang dibina itu bukan sahaja dijadikan sumber air minum Siti Hajar dan anaknya, tetapi dalam tempoh masa yang singkat dikesan oleh burung-burung yang berterbangan. Berkawan-kawan burung datang dan pergi silih berganti minum dan berehat di kawasan itu.
Pergerakan burung itu kemudian dikesan oleh satu kabilah yang melalui kawasan itu. Mereka dapat mengagak bahawa tempat itu ada sumber air. Lantas, mereka mencari-carinya dan terjumpalah sumber air yang tidak disangka-sangka itu.

Dengan itu Siti Hajar pertama kali dapat menemui orang sejak ditinggalkan suaminya di situ. Ada kabilah menawarkan untuk membawa Siti Hajar meninggalkan tempat itu. Namun, dia tetap setia berpegang kepada perintah suaminya agar tetap tinggal di tempat itu.

Selepas peritiwa itu, kabilah-kabilah telah menjadikan kawasan Makkah sebagai laluan perjalanan untuk mendapatkan bekalan air. Setiap kali air dicedok, air yang keluar semakin banyak. Lebih menakjubkan, rasa dan khasiat air zam-zam amat istimewa berbanding air biasa.

Memandangkan ada bekalan air yang terjamin di situ, ada kabilah yang terus menetap di situ. Mereka yakin tempat itu dipenuhi dengan barakah. Tidak hairanlah jika dalam tempoh masa yang singkat sahaja, bilangan penduduk Makkah bertambah dengan mendadak.

Pengorbanan Siti Hajar wajar dijadikan contoh kepada para wanita dalam menghadapi cabaran hidup. Yang penting jangan mudah merasa kecewa dan hilang keyakinan diri apabila berdepan dengan sesuatu masalah.

Sunday, July 25, 2010

^^ KUIH BAKAR ^^

Assalamua'laikum,...

Hari minggu ni tak dok apa2 aktiviti, dok kat rumah je.....Thinking Saya nak buat kuih bakar., resepi kali ini saya nak cuba lak yg saya ambik dr http://mynurkasih.blogspot.com.
My hubby memang suka ..^-^.. Sebelum ni ada le cuba buat, rasa tu ada tapi kurang mengancam... Thumbs Down


Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend]
1 cawan gula pasir
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau
Bijan goreng tanpa minyak

Cara:
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Masukkan semua bahan2 dalam blender dan blend (cara paling senang). Boleh juga campurkan semua bahan dalam bekas dan tapis supaya ianya tidak berketuk2.
3. Tuangkan dalam loyang 8" x 8" yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan.


from my hubby (best tester) utk kuih bakar kali ini.

Friday, July 16, 2010

~FADILAT NISFU SYAABAN~

Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada mansyirikkanNya dengan sesuatu kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa"

Dalam satu riwayat dikatakan Allah memerdekakan hamba-hambaNya dari neraka sebanyak bintang di langit dan sebanyak hari siang dan malamnya. Pada malam Nisfu Syaaban itulah dihantarkan Allah Jibril ke Syurga untuk menghiasi Syurga.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah bahawa jin, burung, binatang buas, dan ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka berjagalah kamu pada malamnya, bersembahyang, beribadat dan berpuasa kamu pada siangnya.

Allah berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh"

Berkata Sheikh Abdul Kadir al-kalani di dalam Ghaniah bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam LailatulQadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam, berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan beribadat kerana mereka tidur pada malamnya.

Nabi s.a.w bersabda: "Hai Aisyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini (Nisfu Syaaban)?" Jawab Aisyah: "Ya, aku izinkan". Lalu Nabi s.a.w pun bersembahyang lah sepanjang malam Nisfu Syaaban itu. Baginda sujud terlalu lama masanya sehingga aku (Aisyah) menyangka beliau telah diambil rohnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain dan aku letakkan tanganku di atas kedua tapak kakinya, maka bergeraklah ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi...

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa a.s pun berdoa kepada Tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

Saturday, July 10, 2010

MOUSE OH MOUSE.....

Oh mouse knp tak nak jalan??? Susahnya mouse tak berfungsi, rosak / connection???
Aku tak suka handle cursor di keybord, guna mouse lagi cepat. Senang handle...
Geramnya.............boring dah nak layan mouse ni.

Mood nak layan internet dah hilang SmileyCentral.com

Dalam keboringan sempat cari kebaikan dan kelemahan mouse(tetikus):

Kebaikan tetikus

  • Tetikus memudahkan pengendalian perisian tetingkap. Pengguna tidak lagi perlu memudik menu yang berjela untuk melakukan pelbagai fungsi.
  • Tetikus mudah dipelajari dan mempunyai fungsi yang piawaian.
  • Tetikus tahan lama dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah. Hanya perlu di cuci secara berkala.
  • Tetikus memerlukan liang sambungan yang piawai.

Kelemahan tetikus

  • Tetikus memerlukan ruang yang rata dan luas untuk digunakan.
  • Penggunaan tetikus untuk waktu yang lama secara berpanjangan akan menimbulkan tekanan kepada pergelangan tangan.
  • Tetikus berbola perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan pergerakan yang lancar dan tidak tersekat-sekat.

Sunday, July 4, 2010

PERCUBAAN PERTAMA MEMBUAT FONDANT

Aku mendapat tempahan dari rakan sekerja untuk hantaran majlis perkahwinannya.
Cupcakes yg dihiasi bunga fondant menjadi pilihan. Inilah masanya aku mempraktikkan apa yg dipelajari di kelas cupcakes awal tahun ini.
Aku tak tau mn silapnya resepi, ataupun aku yg silap sukat.
Lastly aku cari majalah rasa, belek punya belek jumpa le resepi fondant.
Cubaan kali ini berhasil, alhamdulillah. Leganya..........










Inilah hasilnya cupcakes yg dihiaskan dengan fondant.
Bunga dip pula menjadi pilihan untuk dihiaskan pada kotak cupcakes.












~Ferrero roche dan blueberry cheese cake yg dihiasi dengan bunga dip~

Di sini aku nak berkongsi resepi fondant utk sapa2 yg baru nak belajar macam aku.

Bahan-bahan:

Bahan A
1000g(1kilo) aising sugar (beli dari baking shop sahaja dan ayak 3 kali)

Bahan B
2 1/2 tsp gelatin serbuk
100g liquid glucose
1tbs gliserin
100g shortening
1/2 tbs cream of tartar

Cara membuatnya:

1. Isi serbuk gelatin dlm mangkuk atau bowl yg diisi dengan 1/2 cawan air kosong
2. Setelah gelatin kembang (dlm 30 saat shj), masak atas api sederhana shj menggunakan teknik double boiler.
3. Biarkan gelatin fondant masak sampai jernih warnanya (dlm 2-3 minit shj) dan masukkan liquid glucose. Kacau sebati
4. Setelah bahan ini sebati, baru masukkan shortening. Biarkan ia cair (dlm seminit dua).
5. Akhir sekali masukkan cream of tartar
6. Biarkan atas api beberapa saat dan angkat. Tuangkan dalam bekas berisi gula aising dan uli sampai menjadi doh (mcm doh tepung biasa). Kalau guna electri mixer, sapu mangkuk dengan shortening. Tuang icing sugar dan masukkan adunan gelatin. Uli dengan kelajuan sederhana.
7. Warnakan dengan warna yang dikehendaki. Fondant yg telah siap boleh disimpan dalam peti sejuk selama 1 bulan. Sebelum digunakan biarkan pada suhu bilik dan uli semula utk dptkan texture yg asal.


Monday, May 3, 2010

KEMPEN DCL 12 TAHUN


Mana-mana individu (prospek) yang membeli BIDADARI 375ml pada harga pelanggan biasa
(RM77 - WM, RM84 - EM) secara automatik melayak menjadi pengedar DCL secara percuma. (Bersama Kit Jualan lengkap).

Sertakan:

NAMA:
ALAMAT:
NO KP:
PEKERJAAN:

Emailkan ke: hani_zam23@yahoo.com

Bayaran ke akaun :

MAYBANK : 164128020763
(HANIZAM BINTI AWG DERIS)

Thursday, April 29, 2010

PRODUK BARU DCL

DIABEHERB

Digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga, menghilangkan letih, melawaskan buang air kecil, melegakan sakit pinggang dan memberi perlindungan maksima ke atas penyakit kencing manis dan darah tinggi.

CARA MINUM:
2 kali sehari 50ml setiap kali minum. Baik diambil sebelum sarapan dan sebelum makan malam. Jika mengambil lain-lain ubat sebaiknya ambil diaherb 1 jam sebelum. Lumrahnya adunan diaherb akan bertukar rasa menjadi kemasam-masaman dari masa ke semasa. Namun ianya bukan perubahan kualiti produk, bahkan lagi masam lagi berkesan.
Bagaimanapun jika terdapat kulat ianya tidak lagi boleh digunakan meskipun jangka tamat tempoh masih sah.
Oleh itu bagi mengelakkan terjadinya kulat digalakkan manyimpan di dalam peti sejuk dan jangan biarkan ia terdedah dengan kepanasan melampau (simpan di dalam tahap suhu bilik).

NOTE PENTING:
- Jangan goncang
- Jauhkan dari kanak-kanak
- Simpan di tempat dingin dan kering pada suhu bilik.
- Jika penyakit berlarutan, dapatkan nasihat doktor. Ini adalah persediaan tradisional.

HARGA: RM197.00
KANDUNGAN: 1000ml

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers