Followers

Thursday, November 1, 2012

KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaiku wbt.

1 November, hari ulangtahun perkahwinanku. Setiap kali sambut ulangtahun, pasti aku akan buatkan kek. Kali ini kek rainbow menjadi pilihanku, belum lagi p belajar tp cuba dulu resepi dlm internet. Ini le hasilnya yg dpt disiapkan dlm beberapa jam je.



Rainbow Cake
Adapted from :  Martha Stewart
Sumber: Resipicitarasawan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu filing cream cheese secukupnya, kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim cheese dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dan hias dengan rainbow buttercream icing.

Cream Cheese Filling
250gm cream cheese
100gm mentega tawar
50gm gula icing
150gm coklat masakan putih - cair secara double boil
80ml UHT whipping cream / Thickened cream

Cara :  Pukul cream cheese dan mentega hingga licin.  Masukkan gula icing dan coklat putih cair,  putar hingga sebati.  Masukkan whip cream sedikit demi sedikit dan putar hingga bergaul rata.

*Cream Cheese Filling (versi Hany)
250g cream cheese
50g gula aising
250g whipping cream

Cara: Pukul cream cheese dan gula hingga kembang. Dlm bekas bekas lain putar whipping cream sampai kembang(bertanduk). Campurkan kedua2nya dan putar sekejap utk sebatikannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails