Followers

Tuesday, June 26, 2012

2 BIJI KEK



Kek Aiskrim
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Krim, Anggor, Bunga sugarpaste


 Kek Coklat Moist
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Ganache, Buahan (Anggor, Mangga, Epal) & Compaund coklat


Kek Coklat moist di atas ditempah oleh Kak Tie utk makan2 dgn famili. Keluarga kak Tie ni suka sgt makan kek. Ini sms dr Kak Tie " Zam, kek best in the west, nnti akak nak order lagi, tq".  Alhamdulillah.
Kek aiskrim pulak ditempah oleh kawan adik yg kerja kat PROTON.

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Assalamualaikum wbt.

Biskut coklat chip sedap dimakan masa nonton tv, masa kumpul dgn keluarga dan juga dijadikan hidangan hari raya nanti. Nak order?... boleh contact / sms : 016-2364757 atau email : hani_zam23@yahoo.com.



Monday, June 25, 2012

BARBIE CAKE

Assalamualaikum wbt

Tempahan kali ini dr kwn sekerja lagi, SHIKIN yg sambut hari lahir anaknya yg pertama, Anak SHIKIN ni comel, putih, muka sebijik bapanya. Shikin ni excited sgt nak sambut hari lahir anaknya, dr awal tahun lagi dah bgtau nak tempah kek dgn saya. 




Base dan Barbie: Kek coklat moist
Saiz base (kek bawah): 8" x 8"
Hiasan: Ganache, Buttercream, Sugarpaste angrybird & flower


Lollichoc edible image spongebob: 30 pieces



Cupcakes buttercream: 100 biji

Alhamdulillah, Shikin berpuas hati dgn kek2 dr saya ini. TQVM.

Saturday, June 16, 2012

KEK HARI BAPA

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini kita akan sambut hari bapa utk meraikan bapa2 seluruh dunia. Hari bapa pun seperti hari ibu juga yg mana sebenarnya hari2 adalah hari ibu dan bapa. Kepada bapa2 semua, jadilah bapa yg menjadi kebanggaan dan idola bg anak2 kita. Sempena menyambut hari bapa yg jatuh pd 17 June, kwn sekerja ALIZA menempah kek coklat moist utk menghargai si suami yg telah menjadi bapa yg baik dan very lovely kpd anak2nya, alhamdulillah.



Kek coklat lembap (Chocolate moist)
Saiz: 9" x 9"
Hiasan: Ganache, buttercream dan strawbery

Terima kasih kpd ALIZA dan saya doakan kehidupan ALIZA sekeluarga sentiasa bahgia dan jauh dr org2 yg berniat jahat. Amiiinnnn.


Wednesday, June 13, 2012

KEK BUAH KUKUS

Assalamualaikum wbt

Kek buah kukus saya buat minggu lepas utk dimakan dgn famili. Kek buah kukus ni dikukus selama 4 jam tp saya pendekkan masa mengukusnya, tak sabar tggu. Resepinya saya ambil dr blog Dapur tanpa sempadan.




 Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (saya guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)-(*tak letak*)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....

Saturday, June 2, 2012

ICECREAM CAKE





Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dpt siapkan tempahan org proton, kek aiskrim perisa vanilla dan coklat.



Kek: Kek aiskrim
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Cream, Anggur, ganache & marshmallow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers