Followers

Saturday, December 31, 2011

TEMPAHAN DARI FAUZIAH


Kek: Coklat Moist
Saiz: 9"
Toping: Steam buttercream

Kek ini ditempah oleh Fauziah sempena pertunangan anak jirannya. Fauziah sponsor sebiji kek, baik betul le Fauziah ni...Beliau juga menempah kek karamel utk dimakan bersama2 org tersayang. TQVM.

Friday, December 23, 2011

TEMPAHAN HANTARAN


Tempahan dr Kak Aina utk hantaran sempena anak buah bertunang.
Kek Chocholate moist
Topping : Steam buttercream
Size : 9" x 9"



Tempahan dr Reena lagi, ini pula utk sepupunya.
Tema: purple + putih
Hiasan: Fondant

Saturday, December 17, 2011

FANCY COOKIES

Salam,..

Fancy cookies utk dihantar kat kedai,.... Seronok dpt melukis, ikut je gerak jari, inilah antara hasil seni tanganku, yg tak seni...

Tuesday, December 13, 2011

PAU GEBU (WATER ROUX)

Assalamualaikum.

Hri ni saya cuti sbb nak menghabiskan annual leave. Sebenarnya bila tak kije ni boring.... So dok fikiq2 apa nak buat, mencari2lah resepi yg telah disimpan dr blog kawan2. Lastly pau ini jd pilihan.




Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi:
rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
  • 500 gram tepung pau ( low protein flour)
  • 3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
  • 220ml air suam+1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar water roux
  • 2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
  • Kacau adunan diatas api perlahan2 sehingga likat. Sejukkan sebelum digunakan

Saturday, December 10, 2011

CHEESE BROWNIES LAGI

Assalamualaikum.

Hr ni dpt siapkan 2 biji cheese brownies. Brownies ni senang dibuat dan masa yg diambil pun singkat.



Ini ditempah oleh Azra utk dihadiahkan kpd saudaranya yg akan naik pelamin.



Ini pula ditempah oleh kak Aina utk mkn2 sempena birthday anaknya. Yg ni baru je masak....

Sunday, November 27, 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE


Moist chocolate cake ini ditempah oleh kawan sekerja Aleeza. Beliau gabung harijadi utk 3 org anaknya, save budjet!!!. Dua biji kek saiz 8" digabungkan dengan edible image BEN10 & Barbie.
Happy belated birthday to 2 princess and 1 hero Pn Aleeza dan terima kasih banyak2 kpd Aleeza kerna sudi tempah kek drp saya.

Thursday, November 24, 2011

TEMPAHAN MARBLE CHEESE BROWNIES

Tempahan dr kawan sekerja Kak Aina utk dibawa balik ke kampong.


Saiz 10" x 10"

BIRTHDAY

Hari ni 24hb merupakan hari lahirku,,, Tahun ni angka belakang adlah angka yg paling besar, th depan angka kat depan lak naik. Hr ni juga merupakan hari lahir adik lelakiku. Kami berdua sama tarikh lahir, tp karektor kami berbeza. Sempat juga aku buat coklat brownies, red velvet cupcake dan apam dot-dot utk makan2.


Coklat Brownies yg sedap.

Red Velvet cupcake yg yummy!!!!

Apam yg gebu

Friday, November 11, 2011

KEK KARAMEL

Assalamualaikum,...

Hari ni kerja nite call lagi,... tp aku suka sbb boleh dpt extra cuti. Sementara menunggu nak p kije, sempat aku siapkan kek karamel. Dah lama nak cuba tp ditangguh2.... nampak lak dlm blog dari dapur madiha, menarik....Resepinya ambik dr dapur Madiha. Alhamdulillah hasilnya memuaskan sekali.. Terima kasih banyak2 sbb berkongsi resepi,.. Moga dimurahkan rezeki, InsyaAllah....



Bahan-bahan :
Loyang 22cm/25cm (9 inci” bulat)

(A)-Gula Hangus

* 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
* *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang)
* Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar susu pekat
* 1 sudu teh esen vanila
* 3 bj kuning telur
* 2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek
* 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
* 70 gm gula kastor
* 3 bj kuning telur
* 135 ml air biasa
* 1 sudu teh baking powder
* 45 ml minyak msk

D) Merinque

* 6 bj putih telur
* 70 gm gula kastor
* 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
7. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
8. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna.
masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)


Nota :
* Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
* Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
* Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
* Sedap dimakan sejuk.

Tuesday, November 8, 2011

LOLICHOC BOBOIBOY


Seronok dapat buat coklat sbbnya tak leceh dan tak dok byk perkakas yg hendak dicuci. Kali ini lolichoc edible image BOBOIBOY jd pilihan. Gambar animasi yg jg kegilaan kanak2 sekarang ni.



Marble cheese brownies yg ditempah oleh kawan sekerja Fauziah dan Moshi. Saya buat sehari sebelum raya Haji, so boleh le jamu tetamu2 yg hadir. Kepada Fauziah dan Moshi TQVM, boleh le order lagi ye.....

Monday, October 31, 2011

MY ANNIVERSARY

Assalamualaikum,,,..

Hr ni my anniversary yg ke.... Semlm sempat siapkan cheese brownies, resepinya saya ambil dr blog dari dapur Madiha. Brownies ni hitam ckit sbb dah terlebih masak. Nak buat itu ini dah lupa kat brownies dlm oven,..... ini le jadinya. Rasanya masih sedap, tambah pulak saya letak lebih walnut, my hubby suke.....


Friday, October 28, 2011

LOLICHOC


Hari ni dpt siapkan lolichoc edible image 30 pieces. Gambar spongebob dan BEN10 jd pilihan.
Sesiapa berminat utk order coklat utk birthday party, gifts boleh contact 016-2364757 atau email d hani_zam23@yahoo.com.

Tuesday, October 18, 2011


Cupcake yang ditempah oleh rakan sekerja Aliza utk majlis pertunangan adiknya. Nasib baik pondant dah ada yg telah siap, adunan utk bunga gum paste pun dibeli je,,,, tak byk masa sebab tak de cuti. Alhamdulillah sebab dpt respon baik, TQ.

Wednesday, July 27, 2011

KEK AISKRIM


Kek aiskrim yg ditempah oleh kawan adik utk birthday isteri dan anak tersayang.



Kek ini pula ditempah oleh kawan sekerja utk makan2 dengan member2 serumah.

Monday, July 25, 2011

CUPCAKE FONDANT HIJAU PUTIH

Cupcake ini ditempah oleh customer tetap REENA utk pertunangan cousin dia. Saya buat bunga gum paste dan cupcake perisa coklat.

Friday, July 22, 2011

COKLAT RAYA


Crunchy in Dark Chocolate (Premano) - RM18 WM, RM20 EM ; 250g=35pcs

Chocolate with Mix Fruit & Cornflake (Shayndel) - RM18 WM, RM20 EM ; 230g=35pcs

Yogurt Raspberry Chocolate with Cranberry & Black Current (Marvellous) - RM18 WM, RM20 EM ; 180g=35pcs

Kurma Chocolate with Roasted Almond (Casabalanca) - RM20 WM, RM22 EM ; 280g=36pcs

Milk Chocolate with Roasted Almond (Almond Affection) - RM20 WM, RM22 EM ; 430g=35pcs

Chocolate Dates Tiramisu (Krasimir) - RM20 WM, RM22 EM ; 36pcs

Milk Chocolate with Roasted Almond & Tiramisu Powder (Tiramisu Almond) - RM20 WM, RM22 EM ; 400g

Assorted Panned Chocolate (Barrell) - RM25 WM, RM27 EM ; 400g

Shortbread - RM28 WM, RM30 EM ; 50pcs

Heartshape Milk Chocolate - RM25 WM, RM27 EM ; 450g

***Minimum order = 2***

Friday, June 3, 2011

CHEESE TART DAN TAT TELUR



Di sini saya nak berkongsi resepi cheese tart dan tart telur. Tart ini saya selalu buat utk jualan. Bahan2 utk crust/shell saya guna adunan yg sama. Resepi ini saya kutip dr rakan2 internet dan saya ubah suai hasil dari komen rakan2.

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising (diayak)
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Masukkan doh dlm peti sejuk lebih kurang 10 min.
5. Kelurkan adunan, ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
60gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
20g butter

Cara-cara :
1. Putar cream cheese, butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Filling Tart Telur

Bahan-bahan:
3biji telur Gred B
259g susu segar
1 camca/tbsp tepung kastard
3/4 cawan gula kastor

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tapis adunan.
3. Bakar pd suhu 150C hingga masak.

Thursday, April 7, 2011

CUPCAKE FONDANT

Cupcake cake utk pertunangan kawan RINA. Warna tema adalah purple. Rina minta saya buatkan yg simple je. Suka saya bila RINA kata cantik, tak percaya dgn harga yg saya letakkan. Alhamdulillah..................


Wednesday, March 30, 2011

KEK COKLAT MOIST LAGI...

Assalamualaikum.....



Kek Birthday ni ditempah oleh kawan adik. Hiasan simple gambar upin & ipin



Ini pula kek yg ditempah oleh bakal adik ipar, dia belikan buah strawberi utk diletakkan atas kek. Hiasan coklat M&M kat tepi tu pun diminta beliau. Fancy,.....

Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum,............

Kek coklat moist ni ditempah oleh kawan sekerja Azra utk birthday anaknya Naufal. Thank U Azra and **HAPPY BIRTHYDAY TO NAUFAL**..........


.

Monday, March 7, 2011

KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum,..

Lama betul saya tak melayan blog ni.. Nak dok depan komputer ni masalah ckit. Kalu dah dok mesti melekat le.. Aktiviti memasak sekarang ni pun kurang, penat dengan kerja tambah lak sekarang ni dah pindah rumah dah jauh dr tmpt kerja,,, tension dan penat dengan keadaan jln raya yg sesak. Hari minggu lepas sempat gak buat kek coklat moist....


Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur gred B (4 biji gred A)
2 cawan gula castor (saya guna 1 3/4 je sbb nak kurang manis)
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair / susu segar
sedikit esen vanila
250g butter

topping:
100g susu cair (saya guna whipping cream)
200g coklat masakan

hiasan:
coklat rice

cara2 membuatnya:
-masukkan koko dan air panas dan dimasak atas api sekejap dan biarkan sejuk, kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati
-Putar butter dengan gula sampai gebu
-masukkan telor sebiji-sebiji dan putar
-masukkan esen vanila dan putar
-masukkan adunan koko tadi diselang seli dengan gandum (diayak terlebih dulu dengan baking powder dan soda).
-Alas loyang (9" x9") dengan kertas atau boleh disapu butter pd dasar loyang, masukkan adunan dan bakar pd suhu 180C (pastikan oven dipanaskan dahulu selama 15 min)
-Kek yg telah masak dibiatkan sejuk terlebih dahulu dan boleh dituangkan topping keatasnya
-taburkan coklat rice atas kek utk hiasan.


cara membuat topping/ganache:
-panaskan whipping cream guna teknik doule boiler sehingga ada buih2 ditepi
-masukkan coklat masakan dan padamkan api
-kacau sehingga coklat masakan betul2 larut

Tuesday, January 11, 2011

KEK LAPIS CHEESE BLUEBERRY

Bos saya tempah kek lapis utk dibuat "pot luck", whatever perisa dia tak kisah. So, saya buatkan kek lapis cheese blueberry sebab saya nak habiskan cheese yang ada....
"THANK YOU SHARON"


Sunday, January 9, 2011

KEK PISANG

Assalamualaikum,...

Dalam minggu ni dah 3x buat cengkodok pisang, kali ni saya tukar selera lak, cuba buat kek pisang gebu. Cari2 dalam internet, saya cuba resepi yang simple dan tak banyak bahan.
Boleh le makan sambil tengok AJL25 malam ni,...





Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji pisang berangan (dilenyek)
1/2 cawan minyak masak
sedikit esen vanila
1 cawan gula castor
3 biji telor

cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 170-180C
2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat
3. Putar telor dan gula sehingga gebu
4. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila, putar sekejap
5. Masukkan minyak masak dan akhir sekali masukkan gandum. Kacau sebati.
6. Alas loyang 7" X 7" dengan kertas minyak dan masukkan adunan dan bakar selama 45 min.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers