Followers

Monday, December 10, 2012

KEK COKLAT BUTTERCREAM

Assalamualaikum.

Kek coklat moist yg ditempah oleh Kawan sekerja SHALAN utk jamuan rumah terbuka deepavali. SHALAN ni lelaki bujang, muda dan soft spoken, . Dia selalu tempah kek dgn saya dan juga biskut. Kali ini kek coklat moist yg dihiasi dgn buttercream dan ditengahnya dilapisi dgn ganache pulak.



Kek Coklat Moist
Saiz: Round 8"
Hiasan: Buttercream dan sugarpaste flower

Saturday, December 8, 2012

KEK UNTUK KAK TIE

Assalamualaikum,

Kek coklat moist dgn edible image utk harijadi anak Kak Tie. Kak Tie ni seorg yg sgt ptgkan famili dan seorg wanita yg lemah lembut. Kak Tie ni pakar buat biskut dan juga menerima tempahan biskut utk hariraya dan majlis2. TKasih kpd Kak Tie yg sudi menempah kek dgn saya dan saya doakan Kak Tie dimurahkan rezeki dan sentiasa bahgia bersama keluarga tersayang.



Kek Coklat Moist
Saiz: 8" x  8"
Hiasan: Edible image, ganache

Thursday, November 1, 2012

KEK ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaiku wbt.

1 November, hari ulangtahun perkahwinanku. Setiap kali sambut ulangtahun, pasti aku akan buatkan kek. Kali ini kek rainbow menjadi pilihanku, belum lagi p belajar tp cuba dulu resepi dlm internet. Ini le hasilnya yg dpt disiapkan dlm beberapa jam je.



Rainbow Cake
Adapted from :  Martha Stewart
Sumber: Resipicitarasawan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu filing cream cheese secukupnya, kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.

8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim cheese dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dan hias dengan rainbow buttercream icing.

Cream Cheese Filling
250gm cream cheese
100gm mentega tawar
50gm gula icing
150gm coklat masakan putih - cair secara double boil
80ml UHT whipping cream / Thickened cream

Cara :  Pukul cream cheese dan mentega hingga licin.  Masukkan gula icing dan coklat putih cair,  putar hingga sebati.  Masukkan whip cream sedikit demi sedikit dan putar hingga bergaul rata.

*Cream Cheese Filling (versi Hany)
250g cream cheese
50g gula aising
250g whipping cream

Cara: Pukul cream cheese dan gula hingga kembang. Dlm bekas bekas lain putar whipping cream sampai kembang(bertanduk). Campurkan kedua2nya dan putar sekejap utk sebatikannya.

Sunday, September 30, 2012

KEK AISKRIM ANGRY BIRD

Assalamualaikum wbt



Kek: Kek aiskrim (vanila + coklat)
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Cream, model angry bird + fondant

Friday, September 28, 2012

KEK AISKRIM UNTUK MUQRI MAHDI


KEK: KEK AISKRIM (VANILA)
SAIZ: 8" X 8"
HIASAN: CREAM, FONDANT.

Kek Aiskrim tempahan dr Puan di Seksyen 27, Shah Alam.

Monday, September 17, 2012

KEK LAPIS ASAM MANIS UNTUK KAK ZIE


Gabungan warna asal dan merah menjadi pilihan Kak Zie. Terima kasih Kak Zie, lain kali order lagi...

Saturday, September 8, 2012



Kek: Kek asikrim
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Cream, Strawberi, coklat bar and bunga fondant



Kek: Cheese cake
Saiz: 8"
 Hiasan: Cheese cream, bunga fondant , blueberry filling

Sunday, July 29, 2012

3 BIJI KEK COKLAT

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah awal2 puasa dah dpt order kek coklat dr kwn2 sekerja.


Kek coklat ini ditempah oleh AINI utk anaknya yg baru 2 tahun. Saya hiasi dgn Coklat m&m.




2 biji kek coklat ini repeat order dr SHALAN. Satu utk dia dan satu lagi utk kakaknya.

Saturday, July 14, 2012

KEK UNTUK ADILA

Assalamualaikum wbt.



Kek: Kek Coklat Moist
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Edible Image, Ganache, coklat kompaun, bunga sugarpaste

Kek coklat ini ditempah oleh Kak Normah utk birthday anak perempuannya. tqvm

Sunday, July 1, 2012

KEK BIRTHDAY NUFAEL

Assalamualaikum wbt.

Kek ditempah oleh AZRA utk birthday anaknya NUFAEL ALI yg sambut harijadi yg pertama. 


Kek: Kek Buah
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Ganache, image angrybird, buttercream dan sugarpaste flower & angrybird

 

Tuesday, June 26, 2012

2 BIJI KEK



Kek Aiskrim
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Krim, Anggor, Bunga sugarpaste


 Kek Coklat Moist
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Ganache, Buahan (Anggor, Mangga, Epal) & Compaund coklat


Kek Coklat moist di atas ditempah oleh Kak Tie utk makan2 dgn famili. Keluarga kak Tie ni suka sgt makan kek. Ini sms dr Kak Tie " Zam, kek best in the west, nnti akak nak order lagi, tq".  Alhamdulillah.
Kek aiskrim pulak ditempah oleh kawan adik yg kerja kat PROTON.

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Assalamualaikum wbt.

Biskut coklat chip sedap dimakan masa nonton tv, masa kumpul dgn keluarga dan juga dijadikan hidangan hari raya nanti. Nak order?... boleh contact / sms : 016-2364757 atau email : hani_zam23@yahoo.com.



Monday, June 25, 2012

BARBIE CAKE

Assalamualaikum wbt

Tempahan kali ini dr kwn sekerja lagi, SHIKIN yg sambut hari lahir anaknya yg pertama, Anak SHIKIN ni comel, putih, muka sebijik bapanya. Shikin ni excited sgt nak sambut hari lahir anaknya, dr awal tahun lagi dah bgtau nak tempah kek dgn saya. 




Base dan Barbie: Kek coklat moist
Saiz base (kek bawah): 8" x 8"
Hiasan: Ganache, Buttercream, Sugarpaste angrybird & flower


Lollichoc edible image spongebob: 30 pieces



Cupcakes buttercream: 100 biji

Alhamdulillah, Shikin berpuas hati dgn kek2 dr saya ini. TQVM.

Saturday, June 16, 2012

KEK HARI BAPA

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini kita akan sambut hari bapa utk meraikan bapa2 seluruh dunia. Hari bapa pun seperti hari ibu juga yg mana sebenarnya hari2 adalah hari ibu dan bapa. Kepada bapa2 semua, jadilah bapa yg menjadi kebanggaan dan idola bg anak2 kita. Sempena menyambut hari bapa yg jatuh pd 17 June, kwn sekerja ALIZA menempah kek coklat moist utk menghargai si suami yg telah menjadi bapa yg baik dan very lovely kpd anak2nya, alhamdulillah.



Kek coklat lembap (Chocolate moist)
Saiz: 9" x 9"
Hiasan: Ganache, buttercream dan strawbery

Terima kasih kpd ALIZA dan saya doakan kehidupan ALIZA sekeluarga sentiasa bahgia dan jauh dr org2 yg berniat jahat. Amiiinnnn.


Wednesday, June 13, 2012

KEK BUAH KUKUS

Assalamualaikum wbt

Kek buah kukus saya buat minggu lepas utk dimakan dgn famili. Kek buah kukus ni dikukus selama 4 jam tp saya pendekkan masa mengukusnya, tak sabar tggu. Resepinya saya ambil dr blog Dapur tanpa sempadan.




 Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (saya guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)-(*tak letak*)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-
  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....

Saturday, June 2, 2012

ICECREAM CAKE





Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah dpt siapkan tempahan org proton, kek aiskrim perisa vanilla dan coklat.



Kek: Kek aiskrim
Saiz: 8" x 8"
Hiasan: Cream, Anggur, ganache & marshmallow

Tuesday, May 29, 2012

KEK COKLAT UTK HARI GURU

Assalamualaikum wbt.

Tempahan yg dibuat oleh kwn sekerja SITI AZRA. Sekolah anaknya ada buat makan2 sempena HARI GURU. 



Kek : Kek Coklat Moist
Saiz: 8 inch
Hiasan: Edible image UPIN IPIN, buttercream, ganache

Monday, May 14, 2012

TEMPAHAN DR NURUL PUTRA HEIGHT

ASSALAMUALAIKUM WBT

 Tempahan dr Pn Nurul dr Putra Height ie kek aiskrim utk harijadi anaknya dan saudaranya dan juga cheese brownies sempena Mother's day.

 
 Cheese Brownies
Saiz: 10" x 10"
Hiasan: Buttercream


 Kek Aiakrim
Saiz: 10" x 10"
Hiasan: Cream, Ganache dan Coklat compound


    

Friday, April 27, 2012

BISKUT BAUH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Assalamualaikum wbt

Produk terbaru di Haniyz Bakery, Biskut buah-buahan dan sayur-sayuran. Biskut yg unik dgn pelbagai bentuk sayuran dan buahan, ianya rapuh, sedap dan cair di mulut

.

Dlm satu bekas ada 30 biji, harga RM25. Sesiapa berminat boleh call 016-2364757.

Monday, April 23, 2012

2 BIJI KEK AISKRIM

Assalamualaikum wbt

Tempahan kek aiskrim dr org PROTON:



Kek Aiskrim
Saiz: 8"
Hiasan: fondant, cream

Tempahan dr si suami utk sambutan harijadi bersama isteri tersayang.




Kek Aiskrim (Coklat)
Saiz: 7" x 7"
Hiasan: Cream, gula2, Biskut & Coklat Masakan

Kek yg ditempah utk makan2 sahaja.

Saturday, April 14, 2012

Kek coklat angry bird

Assalamualaikum

Kek yang ditempah oleh kakak PMC utk anak saudaranya. 



Kek: Kek coklat
Saiz: 9" x 9"
Hiasan: Buttercream, Edible image, fondat dan coklat M&M.


Monday, April 9, 2012

TIRAMISU CAKE

Assalamualaikum.

Kek ini ditempah oleh org PROTON (kawan adik).




Kek Tiramisu
Saiz: 9"x9"
Hiasan: Edible image & model kereta plastik


Kek di bawah ini juga ditempah oleh org PROTON utk harijadi kedua2 anaknya.



Kek Aiskrim
Saiz: 8 inch
Hiasan: Krim & buah anggur.


Cupcakes ini pula utk dijadikan gift kpd pemain2 golf  PPPSB sebyk 24 biji.



Sebahagian cupcakes yg ditempah.
Saiz cupcake: M
Hiasan: Buttercream & Sugar Ball



Cupcakes yg telah siap diletak dlm kotak cupcake.






Terima kasih kepada pelanggan2 yg sudi menempah dari saya. I hope semua enjoy dgn hasil kerjatanganku.

Thursday, April 5, 2012

CHOCOLATE MOIST CAKE

Kek ini ditempah oleh kawan satu office utk birthday kawan2 beliau ms belajar dulu. Kek ini dibawa kat tempat main bowling sbb dia org anjur pertandingan bowling. Baguslah adakan reunion mcm ni sbb dpt jumpa kwn2 lam dan eratkan lagi hubungan.



Kek: Coklat Moist
Size: 9" x 9"
Hiasan: Buttercream


Sunday, April 1, 2012

HUJUNG MINGGU YG BUSY

Assalamualaikum.

Saya rasa inilah hjg minggu yg busy yg terasa sgt kepenatannya. Sibuk dgn menghadiri seminar yg tamat lewat malam dan tempahan yg agak byk dr biasa. Alhamdulillah dpt siapkan tempahan dan dpt ilmu, syukur.........Antara tempahan yg saya terima adalah dr kawan sekerja MAHA (Kek harijadi) dan juga tempahan 50 pcs lollichoc dr Puan Leela dr Hulu Langat.



KEK: BUTTER CAKE / KEK MENTEGA
SAIZ: 9" X  9"
HIASAN: BUTTERCREAM & EDIBLE IMAGE



COKLAT LOLLICHOC
HIASAN: EDIBLE IMAGE KARTUN BOBOIBOY

Thanks for MAHA dan Puan Leela.

Friday, March 30, 2012

PUDING TRIFFLE

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh

Kali ini saya nak share resepi yg diambil dr kawan facebook ie puding triffle. Puding triffle ni mmg simple je cara buatnya. Kastard je yg perlu dimasak sekejap, bhn2 lain beli yg dah siap dan just letak-letak je


Utk hiasan kat atas saya letak buah anggur dan aprikot. Boleh juga dicurahkan agar2 diatasnya. Di sini saya copy resepi yg diberikan.

Bahan-bahan:
1 buku kek marble
laici dlm tin
susu cair + 1/2 cawan air + 1 sudu kastard
kepingan kacang badam( goreng atau bakar )
coklat chip
strawberry (boleh letak apa saja buah yg digemari)

Cara-cara:
1. Potong dadu kek marble dan tabur kan dlm bekas
2. Taburkan buah Laici
3. Tuangkan susu yg telah dimasak pekat dengan kastard ke dlm bekas berisi kek dan laici
4. Taburkan dengan badam, coklat chip dan buah strawberry..


Monday, March 26, 2012

KEK BATIK BISKUT MARIE

Assalamualaikum,



Dok tercari2 resepi yg sempoi dgn mggunakan bahan2 yg dah ada dlm simpanan, so terhasillah biskut batik ni...Rasanya sedap, blm sempat betul2 keras dah kena ngapp..

BISKUT BATIK BISKUT MARIE
SUMBER: MY RESEPI.COM

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

Sunday, March 4, 2012

KUIH KOLEH KACANG



Kuih koleh kacang
Saiz: 9"

Kuih koleh kacang ini ditempah oleh kawan ANITA, dia nak wat makan2 dgn famili..Biasa saya guna loyang 4 segi tp yg ni terpaksa guna loyang bulat sbb loyang 4 segi dah guna utk benda lain. Terima kasih kat Anita sbb promote kat kawan2nya.. TQVM. Utk tempahan kuih koleh kacang boleh tel/sms 016-2364757 atau email hani_zam23@yahoo.com.

Friday, March 2, 2012

KEK HARIJADI 3 SAHABAT

Assalamualaikum,

Adik2 junior kat tmpt kerja saya ni suruh saya buat kek coklat moist, dia org kata kek yg akak buat sedap... (puji ckit, heheee..). Dia org ni nak celebrate kat PD + cuti2 malaysia. Harijadi 3 org ni jatuh pd tarikh dekat2, so senang join sekali. Mula2 tu suruh buat kecik je, tp takut tak puas makan so nak yg besar ckit.




Kek: Coklat Moist
Saiz: 10" x 10"
Hiasan: Fondant + Buttercream

Saya harap geng2 adik junior ni happy and enjoy kat PD and enjoy makan kek coklat moist akak ini....

Tuesday, February 28, 2012

RED VELVET CUPCAKES


RED VELVET cupcakes dgn toping cheese yg memang sedap.......
Utk tempahan boleh hubungi Haniyz Bakery di 016-2364757 atau email: hani_zam23@yahoo.com
Minimum order 20 pcs.

Thursday, February 23, 2012

FANCY COOKIES ANGRY BIRD

Assalamualaikum,,,

Sebelum p kerja semalam sempat juga siapkan fancy cookies ini utk AZRA. Dia order fancy cookies angry bird dan lollichoc utk dihadiahkan kepada anak cousin (klu tak silap) yg akan sambut harijadi hujung minggu ini.

 

Hiasan menggunakan royal aising and fondant

 
 

Cookies dan lollichoc yg telah siap dibungkus dan dihiasi reben.

Sunday, February 19, 2012

KEK LAPIS HORLICKS

Assalamualaikum.

Dah lama juga tak buat kerja melapis ni....seronok dpt buat kek lapis. Sebenarnya minat lebih mengarah ke kek lapis....nak kena tambah ilmu lagi ni spy dpt kembangkan bussiness kek lapis ni.
Di sini saya nak kongsi gambar kek lapis yg ditempah oleh kawan sekerja, ANITA. Lapisannya tak berapa cantik sbb nak cepat melapis, tempahan pun last minit. Nasib baik beliau nak makan2 je, disebabkan lapisan tak cantik, saya bagi diskaun kat Anita. I hope Anita puas hati!!!!
 

Tuesday, January 31, 2012

TEMPAHAN DARI ANN

Assalamualaikum wbt

Kek penghujung bulan January ini ditempah oleh kawan sekerja, ANN. Kek coklat moist ini utk anak2nya yg memang penggemar kek coklat. Ann kata anak2nya tak suka kek yg ada krim, klu kek coklat toping ganache kejap je habis...Thank you buat Ann dan boleh le order lagi...



Kek coklat moist
Saiz: 8"
Toping: Coklat ganache
Hiasan: Coklat kompaun + buah kiwi

Monday, January 30, 2012

KEK ANGRY BIRD

Assalamualaikum,..

Kek harijadi utk anak cousin yg sambut harijadi ke 6. Cousin call Jumaat malam suruh buat kek utk anaknya yg jatuh pd hari Sabtu (keesokan harinya). Dia nak suruh letak gambar angry bird sbb anaknya minat sgt.... Mula2 tu nak letak edible image angry bird, kat kedai bakery pulak dah habis stok. Lastly ini hasilnya,...




Kek Coklat Indulgence
Saiz: 9"
Hiasan: Buttercream + Fondant

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers