Followers

Friday, September 20, 2013

KEK RED VELVET CHOCOLATE CHIPS


Kek Red Velvet +chocolate chips saiz 8" yang ditempah oleh student MSU utk birthday kawannya. Toping guna fresh cream.

Wednesday, September 18, 2013

KEK CANDY CRUSH

Assalamualaikum wbt.




Kek coklat yg beratnya 1.5kg (saiz 8") dibalut dengan fondant dan dihiasi dgn candy crush fondant. Kek ini ditempah oleh Pn Aina dr Bukit Subang utk suprise sempena harijadi suaminya yg gemarkan candy crush games.
Ini kek candy crush fondant yg ke 2 saya buat. Bila papan dah dipenuhi dgn candy, nampak menarik lak tp saya sendiri tak pernah main game ni pun.
Alhamdulillah Pn Aina berpuashati dgn kek hasil kerja tangan saya ini. Terima kasih kpd Pn Aina kerna memberi peluang kpd saya membuat kek ini dan mengenali game candy crush. Seronok lak main game ni.....

Sunday, September 8, 2013

KEK PECAN BUTTERSCOTCH

Assalamualaikum wbt.

Kek Pecan Butterscotch adalah gabungan vanilla sponge kek, krim yg dicampur sos butterscotch, kacang pecan yg disaluti caramel dan sos butterscotch. Kek ini dihiasi dengan kacang Pecan dan boleh dicurahkan sos butterscotch dan ganache coklat putih.


Kek yg berat 1 kg ini ditempah oleh Pn Ariza dr Bukit Subang utk majlis harijadi anak perempuannya.


Happy anniversary kpd Pn Shima dr Pusat Bandar Shah Alam dan terima kasih kerana memilih Kek Pecan Butterscotch 1/2 kg dr kami. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Kek yg beratnya 1 kg salah satu hidangan yg ditempah oleh Pn Asneeda dr Sek 13, Shah Alam selain cream puff utk majlis hari raya di pejabatnya.


Pilihan ibu utk harijadi anaknya yg ke 12, kek Pecan 1/2 kg. Terima Kasih Pn Rosida dr Sek 9, Shah Alam.


Hadiah sempena harijadi tunang tersayang Kek Pecan 1/2 kg daripada Diba Fara yg tinggal di Taman Pinggiran USJ 3. Selamat menjadi raja sehari.

Antara Kek Pecan Butterscotch yg menjadi pilihan dan terima kasih utk pelanggan yg sudi menempah dgn kami.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers