Assalamualaikum wbt.
Tat nenas yang dibentuk dengan pelbagai bentuk buah-buahan bukan sahaja cantik tetapi sedap.
Adunan doh sama dengan adunan untuk tart nenas dan intinya juga menggunakan jem nenas. Doh diwarnakan mengikut warna buah-buahan dan dibentuk mengikut bentuk buah-buahan yang dikehendaki. Selepas tart dibakar, ia dikilatkan menggunakan telur kuning yang dicampurkan dengan air.
Tart ini sesuai dijadikan hantaran dan juga doorgift.
Followers
Saturday, March 29, 2014
Wednesday, March 19, 2014
KEK HARIJADI TEMA PINK
Alhamdulillah customer order lagi utk tahun ni sempena harijadi anak perempuannya. Kali ini juga kek warna pink utk sambut harijadi anak perempuannya yang ke-7. Kek coklat moist menjadi pilihannya utk kali ini. Kek Coklat moist yang berat 1kg saiz 7" disalut dengan butercream dengan hiasan reben daripada fondant.
In Shaa Allah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur bertemu lagi tahun depan.
Tuesday, March 18, 2014
Monday, March 17, 2014
KEK HANTARAN FONDANT
Kek hantaran bertemakan warna pink dan purple ditempah oleh customer (lupa nak tanya nama) dari gombak. Kek diambil pd hari Khamis sbb Jumaat dah majlis nikah.
Kek di dalamnya saya buatkan kek butter yg beratnya 1.5kg saiz 8". Bunga ros gumpaste diwarnakan dengan warna pink guna berus pewarna disebabkan airbrush yg baru dibeli tidak berfungsi. Mula2 nya panik sbb dah kesuntukan masa, Alhamdulillah idea datang dan hasilnya sikit tak memuaskan hati sebab warnanya tidak sekata.
Kepada customer saya yg menempah kek ini, saya minta maaf byk2 jika ada kekurangan dan tidak memuas hati dgn hasilnya. Terima kasih byk2 juga kerna sudi menempah kek walaupun jauh dari Gombak dan doa diiringi semoga jodoh adik berkekalan hingga ke Jannah dan bahagia dunia dan akhirat, Amiinnn.
Sunday, March 9, 2014
KEK PADANG BOLA
Kek padang bola utk harijadi puteri Wani, Aina. Aina memang minat dgn bola, bila terpandang je kek bola mesti nak diambil gambar, itulah diceritakan oleh ibunya Wani.
Wani nak kek selain dari kek coklat so saya cadangkan beberapa jenis kek. Kek sponge menjadi pilihan Wani.
Kek sponge 1kg (saiz 9"x9") dgn fresh cream frosting dan sedikit buttercream utk hiasan rumput.
Harap2 Wani berpuashati dgn kek ini dan utk birthday girl Aina harapnya happy tengok kek bola yg menjadi minatnya.
Saturday, March 8, 2014
BARBIE CAKE
Kek Red Velvet seberat 3kg tema merah dan putih menjadi pilihan pelanggan dari Taman Medan, Petaling Jaya. Basenya seberat 2 kg dan patung kek seberat 1kg dgn creamcheese frosting.
Sunday, March 2, 2014
CANDY CRUSH CAKE
Alhamdulillah dpt menghasilkan kek candy crush yang menjadi minat customer, Qaseh Kota Kemuning. Kek ini utk meraikan harijadi Hubbynya.
Kek buah (saiz 8"x8") yang dibaluti dengan fondant putih dan hiasan candy crush game. Seronok nya dapat menyiapkan kek ini dan hasilkan memuaskan hati Qaseh.
Terima Kasih utk Qaseh krn tak jemu2 menempah kek bila saja ada event. Semoga dimurah....kan rezeki, amiinnn...
Subscribe to:
Posts (Atom)





















