Followers

Friday, February 28, 2014

CUPCAKES LIVERPOOL THEME

Assalamualaikum wbt.




Tempahan dari customer Dira Putra Height, Shah Alam untuk Harijadi anak lelakinya. 50 Cupcake coklat  dengan hiasan buttercream dan edibleimage. Peminat cilik Liverpool, Daniel.




Selain cupcakes, Dira juga menempah Buttercake perisa strawberi dengan edible image kartoon Phineas&Ferb. Buttercake ini saya hiaskan dengan fresh cream.
Semoga Dira berpuas hati dengan kek2 ini dari segi luaran (dekorasi) dan juga dalaman(rasa). Alhamdulillah.



Thursday, February 20, 2014

RAINBOW CAKE FOR ANNIVERSARY


Kek Pelangi (Rainbow cake) yg ditempah oleh regular customer utk ulangtahun perkahwinan. Kek ini dihiasi dgn creamcheese dan edibleimage.
Sewaktu buat penghantaran ada pulak buah tangannya utk saya, Alhamdulillah rezeki...pulut panggang, sedap...
Terima kasih byk2 diatas tempahan kek ini dan pulut panggang tu ya...semoga dimurahkan rezeki dan jodoh berkekalan hingga ke Jannah, Aminnn.

Saturday, January 4, 2014

ARSENAL CAKE

Assalamualaikum wbt.



Kek Russian Black and White dengan logo Arsenal untuk harijadi kawan. Kek ini ditempah oleh Arifah yg masih belajar di MSU. Pening juga kepala dok fikir macamana nak lukis atas kek yg telah dicurah ganache. Saya cadangkan supaya tak dituang ganache tapi atas permintaan customer, nak kek disaluti ganache.
Logo Arsenal saya lukis atas fondant menggunakan teknik melukis atas buttercream atas dan diletakkan atas kek. Warna logo menggunakan buttercream.
Terima kasih untuk Arifah dan ini merupakan kali kedua Arifah menempah kek daripada saya. Terima kasih sekali lagi dan semoga berjaya dalam pelajaran dan mendapat kerja secepat mungkin.

Saturday, December 7, 2013

KEK SUPERHERO

Assalamualaikum wbt.


 Design yg diberikan oleh customer Sheema dr PJ utk kek harijadi anaknya. Kek yg diminta adalah kek pelangi dgn frosting creamcheese.


Di atasnya sya letakkan edibleimage huruf A dan hiasannya guna fondant dan cream.


Kek ni ambik masa dlm 4-5jam juga, 1st trier guna fondant di tepinya tp fondant lembik. Lastly guna buttercream menggantikan fondant. Alhamdulillah kek ni siap dihantar 1200 noon ke rumah customer.

Monday, December 2, 2013

TEMPAHAN 2 BIJI KEK HARIJADI



Kek-kek yg ditempah oleh Pn Azza dr Bukit Jelutong utk harijadi anak lelaki dan anak perempuannya. Kek harijadi utk anak lelaki adalah kek red velvet dgn hiasan figurine minion. Kek coklat moist dgn hiasan edibleimage Barbie menjadi pilihan utk anak perempuan.

Friday, September 20, 2013

KEK RED VELVET CHOCOLATE CHIPS


Kek Red Velvet +chocolate chips saiz 8" yang ditempah oleh student MSU utk birthday kawannya. Toping guna fresh cream.

Wednesday, September 18, 2013

KEK CANDY CRUSH

Assalamualaikum wbt.




Kek coklat yg beratnya 1.5kg (saiz 8") dibalut dengan fondant dan dihiasi dgn candy crush fondant. Kek ini ditempah oleh Pn Aina dr Bukit Subang utk suprise sempena harijadi suaminya yg gemarkan candy crush games.
Ini kek candy crush fondant yg ke 2 saya buat. Bila papan dah dipenuhi dgn candy, nampak menarik lak tp saya sendiri tak pernah main game ni pun.
Alhamdulillah Pn Aina berpuashati dgn kek hasil kerja tangan saya ini. Terima kasih kpd Pn Aina kerna memberi peluang kpd saya membuat kek ini dan mengenali game candy crush. Seronok lak main game ni.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers