Followers

Monday, March 7, 2011

KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum,..

Lama betul saya tak melayan blog ni.. Nak dok depan komputer ni masalah ckit. Kalu dah dok mesti melekat le.. Aktiviti memasak sekarang ni pun kurang, penat dengan kerja tambah lak sekarang ni dah pindah rumah dah jauh dr tmpt kerja,,, tension dan penat dengan keadaan jln raya yg sesak. Hari minggu lepas sempat gak buat kek coklat moist....


Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur gred B (4 biji gred A)
2 cawan gula castor (saya guna 1 3/4 je sbb nak kurang manis)
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair / susu segar
sedikit esen vanila
250g butter

topping:
100g susu cair (saya guna whipping cream)
200g coklat masakan

hiasan:
coklat rice

cara2 membuatnya:
-masukkan koko dan air panas dan dimasak atas api sekejap dan biarkan sejuk, kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati
-Putar butter dengan gula sampai gebu
-masukkan telor sebiji-sebiji dan putar
-masukkan esen vanila dan putar
-masukkan adunan koko tadi diselang seli dengan gandum (diayak terlebih dulu dengan baking powder dan soda).
-Alas loyang (9" x9") dengan kertas atau boleh disapu butter pd dasar loyang, masukkan adunan dan bakar pd suhu 180C (pastikan oven dipanaskan dahulu selama 15 min)
-Kek yg telah masak dibiatkan sejuk terlebih dahulu dan boleh dituangkan topping keatasnya
-taburkan coklat rice atas kek utk hiasan.


cara membuat topping/ganache:
-panaskan whipping cream guna teknik doule boiler sehingga ada buih2 ditepi
-masukkan coklat masakan dan padamkan api
-kacau sehingga coklat masakan betul2 larut

1 comment:

  1. wah suker2..nk try juga ..hikhik..pastinya saya akan follor blog ni selalu sbb nk tgk resepi..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails