Followers

Friday, June 3, 2011

CHEESE TART DAN TAT TELUR



Di sini saya nak berkongsi resepi cheese tart dan tart telur. Tart ini saya selalu buat utk jualan. Bahan2 utk crust/shell saya guna adunan yg sama. Resepi ini saya kutip dr rakan2 internet dan saya ubah suai hasil dari komen rakan2.

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising (diayak)
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Masukkan doh dlm peti sejuk lebih kurang 10 min.
5. Kelurkan adunan, ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
60gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
20g butter

Cara-cara :
1. Putar cream cheese, butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Filling Tart Telur

Bahan-bahan:
3biji telur Gred B
259g susu segar
1 camca/tbsp tepung kastard
3/4 cawan gula kastor

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tapis adunan.
3. Bakar pd suhu 150C hingga masak.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails