Followers

Tuesday, June 18, 2013

PAVLOVA OH PAVLOVA

Assalamualaikum wbt.

Pavlova adalah sejenis makanan pencuci mulut yang  makin mendapat sambutan di Asia sekarang. Pavlova berasaskan daripada kerak meringue kemudian diikuti dengan krim (whipped cream) dan bahan hiasan seperti buah-buahan: buah kiwi, strawberri, blueberry.

Cara dan resepi membuat pavlova itu perlu lebih fokus kepada struktur meringue pavlova. Berjaya atau tidak berjaya pavlova itu bergantung kepada meringue nya.

Menurut sumber-sumber bacaan, nama pavlova ini diambil bersempana dengan nama penari ballet Rusia yang sangat terkenal ketika itu yang bernama Anna Pavlova. Pakar-pakar masakan dari New Zealand dan Australia menamakan pencuci mulut ini pavlova ketika penari belle itu datang melawat ke negara mereka.

Pavlova adalah sebahagian masakan dan makanan yang penting bagi New Zealand dan Australia kerana resipinya yang mudah dan sering dihidangkan semasa jamuan makan dan cuti perayaan.





Gambar-gambar di atas adalah antara pavlova yg ditempah oleh pelanggan. Nak menikmati kelazatan pavlova boleh sms/call 013-7878710.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails