Followers

Sunday, March 30, 2014

KEK KARAMEL

Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah permintaan utk kek puding karamel menggalakkan. Resepinya saya hanya dapatkan dari internet sahaja. Resepi dari dapur Semanis gula menjadi rujukan setiap kali menyedikan kek ini.


KEK KARAMEL ( loyang 9" )

BAHAN BAHAN:

GULA HANGUS
  4 sudu besar gula kasar (saya guna 2 sudu besar shj)
Masak atas api hingge gula menjadi karamel dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
 1 cawan  susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan
* untuk menebal sedikit lagi karamelnye ( seperti dalam gambar )  kkzu telah menambah 1/3 cawan susu cair dan sebiji kuning telur

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak  jagung @ minyak masak
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( paste pandan contohnye )( adunan takkan tenggelam dalam karamel  ) berselang seli dengan dengan cara (marble)
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan
8. Selepas diterbalikkan akan ada air gula yang byk..lap aje air gula perlahan-lahan menggunakan tisu di sekeliling kek dan di atas karamelnya.

SELAMAT MENCUBE YE...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers