Followers

Friday, July 16, 2010

~FADILAT NISFU SYAABAN~

Pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: "Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada mansyirikkanNya dengan sesuatu kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa"

Dalam satu riwayat dikatakan Allah memerdekakan hamba-hambaNya dari neraka sebanyak bintang di langit dan sebanyak hari siang dan malamnya. Pada malam Nisfu Syaaban itulah dihantarkan Allah Jibril ke Syurga untuk menghiasi Syurga.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah bahawa jin, burung, binatang buas, dan ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka berjagalah kamu pada malamnya, bersembahyang, beribadat dan berpuasa kamu pada siangnya.

Allah berfirman: "Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya, adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh"

Berkata Sheikh Abdul Kadir al-kalani di dalam Ghaniah bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam LailatulQadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam, berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan beribadat kerana mereka tidur pada malamnya.

Nabi s.a.w bersabda: "Hai Aisyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini (Nisfu Syaaban)?" Jawab Aisyah: "Ya, aku izinkan". Lalu Nabi s.a.w pun bersembahyang lah sepanjang malam Nisfu Syaaban itu. Baginda sujud terlalu lama masanya sehingga aku (Aisyah) menyangka beliau telah diambil rohnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain dan aku letakkan tanganku di atas kedua tapak kakinya, maka bergeraklah ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi...

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa a.s pun berdoa kepada Tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

5 comments:

  1. same2 lah kite mncari kberkatan di mlm nisfu syaaban

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa ganti :D hehhe~ kepada yg sedang membayar hutang puasa

    nice post!

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi sambut Ramadhan pulak. Macam baru terasa2 kuih raya taun lps, dah nak raya lagi nmpknya...

    salam ziarah ye kak hani!

    ReplyDelete
  4. he2..ramadan bakal mnjelma xlama lg.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails