Followers

Friday, June 3, 2011

CHEESE TART DAN TAT TELUR



Di sini saya nak berkongsi resepi cheese tart dan tart telur. Tart ini saya selalu buat utk jualan. Bahan2 utk crust/shell saya guna adunan yg sama. Resepi ini saya kutip dr rakan2 internet dan saya ubah suai hasil dari komen rakan2.

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising (diayak)
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Masukkan doh dlm peti sejuk lebih kurang 10 min.
5. Kelurkan adunan, ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
60gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
20g butter

Cara-cara :
1. Putar cream cheese, butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Filling Tart Telur

Bahan-bahan:
3biji telur Gred B
259g susu segar
1 camca/tbsp tepung kastard
3/4 cawan gula kastor

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tapis adunan.
3. Bakar pd suhu 150C hingga masak.

Thursday, April 7, 2011

CUPCAKE FONDANT

Cupcake cake utk pertunangan kawan RINA. Warna tema adalah purple. Rina minta saya buatkan yg simple je. Suka saya bila RINA kata cantik, tak percaya dgn harga yg saya letakkan. Alhamdulillah..................


Wednesday, March 30, 2011

KEK COKLAT MOIST LAGI...

Assalamualaikum.....



Kek Birthday ni ditempah oleh kawan adik. Hiasan simple gambar upin & ipin



Ini pula kek yg ditempah oleh bakal adik ipar, dia belikan buah strawberi utk diletakkan atas kek. Hiasan coklat M&M kat tepi tu pun diminta beliau. Fancy,.....

Wednesday, March 23, 2011

Assalamualaikum,............

Kek coklat moist ni ditempah oleh kawan sekerja Azra utk birthday anaknya Naufal. Thank U Azra and **HAPPY BIRTHYDAY TO NAUFAL**..........


.

Monday, March 7, 2011

KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum,..

Lama betul saya tak melayan blog ni.. Nak dok depan komputer ni masalah ckit. Kalu dah dok mesti melekat le.. Aktiviti memasak sekarang ni pun kurang, penat dengan kerja tambah lak sekarang ni dah pindah rumah dah jauh dr tmpt kerja,,, tension dan penat dengan keadaan jln raya yg sesak. Hari minggu lepas sempat gak buat kek coklat moist....


Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur gred B (4 biji gred A)
2 cawan gula castor (saya guna 1 3/4 je sbb nak kurang manis)
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair / susu segar
sedikit esen vanila
250g butter

topping:
100g susu cair (saya guna whipping cream)
200g coklat masakan

hiasan:
coklat rice

cara2 membuatnya:
-masukkan koko dan air panas dan dimasak atas api sekejap dan biarkan sejuk, kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati
-Putar butter dengan gula sampai gebu
-masukkan telor sebiji-sebiji dan putar
-masukkan esen vanila dan putar
-masukkan adunan koko tadi diselang seli dengan gandum (diayak terlebih dulu dengan baking powder dan soda).
-Alas loyang (9" x9") dengan kertas atau boleh disapu butter pd dasar loyang, masukkan adunan dan bakar pd suhu 180C (pastikan oven dipanaskan dahulu selama 15 min)
-Kek yg telah masak dibiatkan sejuk terlebih dahulu dan boleh dituangkan topping keatasnya
-taburkan coklat rice atas kek utk hiasan.


cara membuat topping/ganache:
-panaskan whipping cream guna teknik doule boiler sehingga ada buih2 ditepi
-masukkan coklat masakan dan padamkan api
-kacau sehingga coklat masakan betul2 larut

Tuesday, January 11, 2011

KEK LAPIS CHEESE BLUEBERRY

Bos saya tempah kek lapis utk dibuat "pot luck", whatever perisa dia tak kisah. So, saya buatkan kek lapis cheese blueberry sebab saya nak habiskan cheese yang ada....
"THANK YOU SHARON"


Sunday, January 9, 2011

KEK PISANG

Assalamualaikum,...

Dalam minggu ni dah 3x buat cengkodok pisang, kali ni saya tukar selera lak, cuba buat kek pisang gebu. Cari2 dalam internet, saya cuba resepi yang simple dan tak banyak bahan.
Boleh le makan sambil tengok AJL25 malam ni,...





Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji pisang berangan (dilenyek)
1/2 cawan minyak masak
sedikit esen vanila
1 cawan gula castor
3 biji telor

cara-caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 170-180C
2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat
3. Putar telor dan gula sehingga gebu
4. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila, putar sekejap
5. Masukkan minyak masak dan akhir sekali masukkan gandum. Kacau sebati.
6. Alas loyang 7" X 7" dengan kertas minyak dan masukkan adunan dan bakar selama 45 min.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Wedding tickers